Caveasphaera Julat zaman:
| |
---|---|
![]() | |
Pengelasan saintifik ![]() | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Haiwan |
Genus: | †Caveasphaera |
Caveasphaera ialah sejenis organisma multisel yang ditemui pada lapisan batuan berusia 609 juta tahun, terbentuk sewaktu tempoh Ediakara di Wilayah Guizhou, Selatan China. Organisma tersebut tidak mudah ditakrifkan sama ada ianya haiwan atau makhluk bukan haiwan.[1][2][3][4][5] Organisma ini terkenal disebabkan kajian fosil embrio yang berkaitan (berukuran kira-kira setengah milimeter diameter)[1] yang memaparkan tahap perkembangannya yang berbeza: dari peringkat awal sel tunggal sehingga ke peringkat multisel yang kemudian.[1][2][3][4] Kajian fosil sedemikian membentangkan bukti terawal tentang langkah terpenting dalam evolusi haiwan, iaitu keupayaan untuk membentuk lapisan tisu dan organ yang berbeza.[1] Menurut penyelidik, kajian fosil Caveasphaera telah mencadangkan bahawa perkembangan embrio seakan haiwan telah timbul lebih awal berbanding fosil haiwan tertua yang ditakrifkan dengan jelas[1] dan agak konsisten dengan kajian yang mencadangkan bahawa evolusi haiwan mungkin telah bermula kira-kira 750 juta tahun yang lalu.[2][6] Walau bagaimanapun, fosil Caveasphaera mungkin kelihatan serupa dengan embrio tapak sulaiman atau embrio karang.[1] Namun, penyelidik telah menyimpulkan bahawa "keterlibatan leluhur dalam perkembangan embrio pada organisma Caveasphaera dan secara serentak pada Tianzhushania dan Spiralicellula, berserta tertundanya permulaan perkembangan fasa organisma kemudiannya, mungkin mencerminkan penyesuaian terhadap lumrah heterogen di persekitaran lautan yang berhampiran pantai sewaktu tempoh Ediakara Awal, yang juga merupakan kawasan haiwan awal mula berevolusi." [4]
|displayauthors=
ignored (bantuan); |hdl-access=
requires |hdl=
(bantuan)
|displayauthors=
ignored (bantuan)
© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search