Chetti Chetty Chitty چيتتي | |
---|---|
Muzium Chetti di Melaka | |
Kawasan ramai penduduk | |
Malaysia dan Singapura | |
Bahasa | |
Bahasa Melayu, (Bahasa Melayu Kreol Cheti), Bahasa Baba, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil | |
Agama | |
Hindu | |
Kumpulan etnik berkaitan | |
Peranakan, Baba Nyonya, India Malaysia,India Singapura |
Chetti(Tulisan Jawi:چيتتي) juga dikenali sebagai Chitty, Chettyatau Peranakan India, adalah kumpulan etnik yang majoritinya terdiri daripada keturunan Tamil, yang kebanyakannya ditemui di Melaka, Malaysia dan Singapura. Mereka mula menetap sekitar abad ke-16. Turut dikenali secara tidak formal sebagai "Peranakan India," budaya Chitty banyak dipengaruhi oleh rantau Nusantara, sambil mengekalkan agama dan warisan Hindu mereka. Pada abad ke-21, populasi mereka dianggarkan berjumlah 2,000 orang.[1] Komuniti Chitty/Chetti berbeza daripada Chettiar, iaitu golongan peminjam wang yang dibawa dari Tamil Nadu ke Tanah Melayu British. Mereka adalah penganut Hindu.
© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search