Dulmatin

Dulmatin
WarganegaraIndonesia
PekerjaanPakar letupan Jemaah Islamiyah, Disyaki dalang pengeboman Bali 2002
Status jenayahMeninggal
Paparan amaran: Page using Template:Infobox criminal with unknown parameter "date_of_death"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox criminal with unknown parameter "place_of_birth"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox criminal with unknown parameter "date_of_birth"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox criminal with unknown parameter "place_of_death"

Doel Martin @ Joko Pitono @ Amar Usman @ Yahya Ibrahim @ Yahya @ Mansyur adalah seorang pengganas yang terkenal di Indonesia dan Asia Tenggara. Pada 9 Mac 2010, dia telah ditembak mati di Pamulang, Tangerang, Banten, Indonesia. Dia termasuk dalam kategori pemimpin utama Jemaah Islamiyah.

Polis berjaya menembak Dulmatin dan 2 pengawalnya di Warung Internet (Warnet) Multiplus Jalan Siliwangi Pamulang pada hari Selasa jam 10.00 malam. Dua pengawal Dulmatin yang ditembak mati ialah Ridwan dan Nur Hassan. Dulmatin melawan dengan menembak dengan pistol revolver. Polis telah menembak paha dan perut Dulmatin. Data dari komputer yang digunakan telah diambil untuk siasatan lanjut. Dia sempat bersembang melalui Internet dengan seseorang bernama Abu Zakaria dan menyentuh dana operasi Aceh.

"Kita akan kirim madu lagi ke Mekah, antum punya stok berapa". Madu mungkin bermaksud peluru. Mekah mungkin bermakna Aceh. Abu Zakaria diagakkan berada di Jawa Tengah.[1]

Sebelum itu mereka berada di rumah no 15, Jalan Setiabudi. Pasukan Densus 88 Mabes Polri sudah mengekori Dulmatin @ Yahya Ibrahim dari Pandeglang.

Polis Amerika Syarikat menawarkan hadiah 10 juta dolar AS sekiranya Dulmatin berjaya ditangkap. Pada Februari 2010, tentera dan polis Indonesia telah bertempur dengan sel pengganas Jemaah Islamiah yang baru memulakan latihan dan operasi hutan pergunungan Aceh.[2] Isu keganasan di Indonesia perlu dibereskan kerana Presiden Barack Obama akan melawat Jakarta pada April 2010.[3]


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search