1 results found for: “Xinjiang_internment_camps”.

Request time (Page generated in 0.2353 seconds.)

Kem tahanan Xinjiang

Coercive Internment: Evidence from Chinese Government Documents about the Nature and Extent of Xinjiang's "Vocational Training Internment Camps"". Journal...

Last Update: 2022-09-09T12:32:05Z Word Count : 1451

View Rich Text Page View Plain Text Page

Main result

Kem tahanan Xinjiang

Templat:Sejarah Republik Rakyat China Kem pendidikan semula Xinjiang, secara rasmi dipanggil Pusat Pendidikan dan Latihan Vokasional oleh Parti Komunis China (CCP) dan Kerajaan China, ialah kem tahanan yang dikendalikan oleh kerajaan Rantau Autonomi Uyghur Xinjiang dan jawatankuasa CCP Xinjiang. Human Rights Watch mengatakan kem-kem ini telah digunakan untuk mengindoktrinasikan bangsa Uyghur dan orang Islam lain sejak tahun 2017 sebahagian daripada "perang rakyat terhadap keganasan," suatu dasar yang diumumkan pada tahun 2014. Kem ini didirikan di bawah pentadbiran Setiausaha Agung CCP Xi Jinping dan dipimpini setiausaha jawatankuasa CCP, Chen Quanguo. Kem ini dilaporkan dikendalikan di luar sistem undang-undang; ramai orang Uyghur dilaporkan telah ditahan tanpa perbicaraan dan tiada pertuduhan telah dikenakan terhadap mereka, (ditahan dalam penahanan pentadbiran). Pihak berkuasa tempatan dilaporkan menahan beratus-ratu ribu orang Uyghur di dalam kem-kem ini serta ahli-ahli kumpulan minoriti etnik yang lain, atas tujuan ternyata menentang faham pelampau dan terorisme dan menggalakkan pencinaan. Setakat 2018, dianggarkan pihak berkuasa China mungkin telah menahan beratus-ratus ribu, mungkin sejuta, orang Uyghur, Kazakh, Kyrgyz dan orang Islam Turkik etnik lain, Kristian serta beberapa warganegara asing seperti orang Kazakhstan, yang ditahan di dalam kem tahanan berahsia ini yang terletak di seluruh rantau tersebut. Pada bulan Mei 2018, Penolong Setiausaha Pertahanan untuk Hal Ehwal Keselamatan Indo-Pasifik A.S. Randall Schriver berkata "sekurang-kurangnya sejuta namun kemungkinan lebih dekat dengan tiga juta rakyat" dipenjarakan di pusat tahanan, yang beliau huraikan sebagai "kem dera". Pada bulan Ogos 2018, Guy McDougall, seorang wakil Amerika Syarikat di Jawatankuasa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Penyingkiran Diskriminasi Kaum, berkata jawatankuasa tersebut telah menerima banyak laporan berwibawa yang 1 juta etnik Uyghur di China telah ditahan di dalam "kem pendidikan semula". Terdapat juga banyak laporan oleh saluran media, ahli politik dan penyelidik yang membandingkan kem ini dengan Revolusi Kebudayaan China. Pada tahun 2019 di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, 54 negara (termasuk China sendiri) menolak dakwaan terhadap China dan menyokong dasar-dasar China di Xinjiang. Yang lain pula, 23 negara menerima dakwaan terhadap China dan tidak menyokong dasar-dasar China.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search