Abdurrahman Wahid


Abdurrahman Wahid
Presiden Indonesia ke-4
Dalam jawatan
20 Oktober 1999 – 23 Julai 2001
Naib PresidenMegawati Sukarnoputri
Didahului olehBaharuddin Jusuf Habibie
Digantikan olehMegawati Sukarnoputri
Butiran peribadi
LahirAbdurrahman Ad-Dakhil
(1940-09-07)7 September 1940
Jombang, Jawa Timur, Hindia Timur Belanda (kini Indonesia)
Meninggal dunia30 Disember 2009(2009-12-30) (umur 69)
Jakarta, Indonesia
Tempat persemadianJombang, Jawa Timur, Indonesia
Parti politikPartai Kebangkitan Bangsa
PasanganSinta Nuriyah
Anak-anak4 (semuanya perempuan, termasuk Yenny Wahid)
HubunganSalahuddin Wahid (adik)
Alma materKarachi Grammar School[1]
Universiti Al-Azhar (Pengajian Islam 1967)
Universiti Baghdad
ProfesionTokoh agama, Ahli politik
Tandatangan
Laman web rasmiwww.gusdur.net

Abdurrahman Wahid (/ˌɑːbdʊrɑːhmɑːn wɑːˈhd/ AHB-doo-RAHKH-mahn-_; lahir Abdurrahman ad-Dakhil; 7 September 1940–30 Disember 2009),[2] atau lebih dikenali sebagai Gus Dur[3] ialah Presiden Republik Indonesia yang keempat dan ketua Parti Kebangkitan Bangsa (PKB) yang diasaskannya selepas kejatuhan pemerintahan Suharto pada 1998. Beliau menggantikan B. J. Habibie setelah dipilih oleh Parlimen Rakyat (MPR), hasil daripada pilihan raya umum 1999. Tempoh jawatannya sebagai Presiden Indonesia bermula pada 20 Oktober 1999. Gus Dur menyelenggarakan pemerintahannya dengan bantuan kabinet Persatuan Nasional. Akibat dari serangan penyakit angin ahmar dan tuduhan rasuah, beliau diminta meletak jawatan oleh Persidangan Khas MPR dan pimpinannya digantikan oleh Megawati Sukarnoputri pada 23 Julai 2001.[4][5]

Nama jolokannya yang terkenal, Gus Dur, berasal dari Gus, penghormatan yang biasa untuk seorang anak kiai, dari bentuk pendek perkataan bagus ('budak yang tampan' dalam bahasa Jawa); dan Dur, bentuk pendek namanya, Abdurrahman.

  1. ^ Barton, Greg (2002). Abdurrahman Wahid: Muslim Democrat, Indonesian President. Sydney: University of New South Wales Press. ISBN 978-0-86840-405-9.
  2. ^ Yenny Benarkan Gus Dur Wafat Kompas
  3. ^ Geertz, Clifford; Fred Inglis (2010). Life Among the Anthros and Other Essays. Princeton University Press. m/s. 115. ISBN 978-0-691-14358-3.
  4. ^ "From Abdurrahman Addakhil to Gus Dur (Indonesian)". Surya Online. 31 December 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-01. Dicapai pada 31 December 2009. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  5. ^ "Obituary: Why fuss?!". The Jakarta Post. 31 December 2009. Dicapai pada 31 December 2009.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search