Abjad Fonetik Antarabangsa

Huruf Fonetik Antarabangsa
International Phonetic Alphabet
Jenis
BahasaDigunakan untuk transkripsi fonetik mana-mana bahasa
Tempoh masa
1888 sehingga kini
Aksara induk
Romic Alphabet
Diagram yang menerangkan Huruf Fonetik Antarabangsa.

Abjad Fonetik Antarabangsa (bahasa Inggeris: International Phonetic Alphabet; singkatan: IPA)[1] atau singkatannya AFA[2] merupakan sistem transkripsi fonetik yang dicipta oleh para pakar bahasa dengan tujuan menawarakan kaedah yang seragam, tepat dan unik bagi mewakili bunyi-bunyi dalam mana-mana bahasa pertuturan,[3] serta juga sering digunakan hari demi hari oleh para pakar bahasa, ahli patologi pertuturan dan pakar terapi pertuturan, guru bahasa asing, pengarang kamus, dan pengalih bahasa.[4] Dalam bentuk piawainya (seperti pada tahun 2005) AFA mengandungi kira-kira 107 aksara asas dan 55 pengubah.[5]

Lambang-lambang AFA ini dibahagikan kepada tiga kategori: huruf (yang menandakan bunyi “asas”), diakritik (yang menerangkan bunyi secara terperinci), dan suprasegmental (yang menandakan ciri-ciri seperti kelajuan, ton, dan penekanan). Ketiga-tiga kategori ini kemudian dibahagikan kepada bahagian yang lebih kecil: huruf dibahagikan kepada vokal and konsonan,[6] manakala diakritik dan suprasegmental dibahagikan menurut pelambangan artikulasi, phonasi, ton, intonasi, atau penekanan.[3] Dari masa ke semasa, lambang-lambang ini ditambah, dihapus, atau diubah sual oleh Persatuan Fonetik Antarabangsa.

Meskipun AFA dimaksudkan untuk hanya mewakiki ciri-ciri penuturan yang relevan kepada bahasa itu sendiri (seperti kedudukan lidah, cara artikulasi, dan pengasingan dan pemelatan perkataan dan suku kata),[3] satu set simbol tambahan dipanggil Extended IPA turut dicipta olej pakar fonologi untuk merakam ciri-ciri penuturan yang tiada kesan langsung pada pengertian dalam bahasa (seperti berkertak gigi, pelat menyebut bunyi "s", dan bunyi yang dihasilkan pesakit bibir bercelah).[4]

  1. ^ Laver, John (1994). Principles of Phonetics. New York: Cambridge University Press. m/s. 561. ISBN 0-521-45031-4 (hb); ISBN 0-521-45655-X (pb). Singkatan ‘IPA’ secara rasminya merujuk…kepada ‘Persatuan Fonetik Antarabangsa’. Namun begitu, kini makin kerap penggunaannya untuk merujuk kepada aksara ini (dari frasa ‘International Phonetic Alphabet’).
  2. ^ "Terjemahan IPA". DBP. Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-06-08. Dicapai pada 2023-06-08. Terjemahan rasmi dari Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia untuk singkatan "IPA" dalam bahasa Melayu ialah "AFA".
  3. ^ a b c International Phonetic Association (1999). Handbook of the International Phonetic Association: A guide to the use of the International Phonetic Alphabet. Cambridge: Cambridge University Press. ISBN 0-521-65236-7 (hb); ISBN 0-521-63751-1 (pb).
  4. ^ a b MacMahon, Michael K. C. (1996). "Phonetic Notation". Dalam P. T. Daniels and W. Bright (eds.) (penyunting). The World’s Writing Systems. New York: Oxford University Press. m/s. 821–846. ISBN 0-19-507993-0.CS1 maint: extra text: editors list (link)
  5. ^ International Phonetic Association (2006-05-05). "The International Phonetic Alphabet (revised to 2005)". Diarkibkan daripada yang asal (GIF) pada 2006-08-28. Dicapai pada 2006-08-27. Check date values in: |date= (bantuan)
  6. ^ International Phonetic Association (1999, 3)

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search