Agama di Filipina

Agama dominan di Filipina, Kristian (ungu) dan Islam (hijau).

Agama di Filipina ditandai dengan majoriti orang menganut kepercayaan Kristian.[1] Sekitar 92% penduduknya beragama Kristian, manala 81% menganut Gereja Roman Katolik sementara sekitar 11% menganuti mazhab Kristian Protestan, seperti Gereja Adventis Hari Ketujuh, Gereja Jesus di Filipina dan Evangelikal.[1] Secara rasminya, Filipina ialah sebuah negara sekular dengan Perlembagaan membenarkan pemisahan gereja dan negara, dan meminta pemerintah untuk menganggap seluruh agama setara.

Menurut tinjauan agama kebangsaan, sekitar 5.6% penduduk Filipina ialah Muslim, menjadikan Islam agama terbesar kedua di negara itu. Namun, Sueuhanjaya Muslim Filipina Kebangsaan mempersengketakannya dan menuntut pengikutnya berjumlah sekitar 11% dari jumlah penduduk.[2][3] Kebanyakan Muslim tinggal di bahagian Mindanao, Palawan, dan Kepulauan Sulu – sebuah wilayah yang dikenali sebagai wilayah Bangsamoro atau Moro.[4] Beberapa orang berhijrah ke kawasan perbandaran atau desa di bahagian-bahagian yang berbeza dari negara tersebut. Kebanyakan Muslim Filipina mempraktikan Islam Sunni menurut aliran Shafi'i.[5] Terdapat beberapa Muslim Ahmadiyyah di negara tersebut.[6]

Agama-agama tradisional Filipina masih dipraktikan oleh sekitar 2% penduduk,[7][8] yang termasuk beberapa kumpulan etnik dan penduduk asli. Agama-agama itu sering kali disinkretiskan dengan Kristian dan Islam. Animisme, agama rakyat, dan shamanisme masih hadir sebagai agama aliran utama, melalui albularyo, babaylan, dan manghihilot. Agama Buddha dipraktikan oleh 2% penduduk oleh komuniti orang Jepun, komuniti Jepun Filipina,[7][8][9] dan bersama dengan Taoisme dan agama rakyat China juga menjadi dominan dalam komunitas Tionghoa. Terdapat sejumlah kecil pengikut agama Hindu,[7][8][9] dan Judaisme dan Baha'i.[10] Lebih dari 10% penduduk tidak beragama.[7][8][11]

  1. ^ a b Philippines in Figures: 2014, Philippine Statistics Authority.
  2. ^ http://www.ncmf.gov.ph/ [tiada dalam ayat yang diberikan]
  3. ^ Philippines. 2013 Report on International Religious Freedom (Laporan). United States Department of State. July 28, 2014. SECTION I. RELIGIOUS DEMOGRAPHY.
  4. ^ RP closer to becoming observer-state in Organization of Islamic Conference. (2009-05-29). The Philippine Star. Retrieved 2009-07-10, "Eight million Muslim Filipinos, representing 10 percent of the total Philippine population, ...".
  5. ^ McAmis, Robert Day (2002). Malay Muslims: The History and Challenge of Resurgent Islam in Southeast Asia. Wm. B. Eerdmans Publishing. m/s. 18–24, 53–61. ISBN 0-8028-4945-8. Dicapai pada 2010-01-07.
  6. ^ R Michael Feener; Terenjit Sevea. Islamic Connections: Muslim Societies in South and Southeast Asia. m/s. 144. Dicapai pada June 7, 2014.
  7. ^ a b c d Philippines Diarkibkan 2015-07-19 di Wayback Machine, CIA Factbook
  8. ^ a b c d Pew Research Center's Religion & Public Life Project: Philippines. Pew Research Center. 2010.
  9. ^ a b http://www.globalreligiousfutures.org/countries/philippines/religious_demography#/?affiliations_religion_id=0&affiliations_year=2010
  10. ^ The Largest Baha'i Communities Diarkibkan 2010-07-07 di Wayback Machine. (2005-09-30). Retrieved 2010-04-26 from www.adherents.com.
  11. ^ Note: The Irreligious population is taken from the Catholic majority. The 65% is from the Filipino American population which have a more accurate demographic count sans the Muslim population of the Philippines.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search