Akta Identifikasi DNA

Akta Identifikasi DNA atau awalnya dikenali sebagai "Rang Undang-Undang Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 2008" diluluskan di Dewan Rakyat Malaysia pada 23 Jun 2009. Bacaan kali kedua pada Ogos 2008 dibahagikan kepada enam bahagian dan mengandungi sebanyak 27 fasal.

Akta ini bertujuan membolehkan penubuhan Bank Data DNA Forensik Malaysia, mengambil dan menyimpan sampel DNA, menganalisis sampel DNA dan menggunakannya untuk tujuan kemanusiaan.

Akta ini memberi kuasa kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mendapatkan, memperoleh sampel-sampel DNA daripada mana-mana suspek yang mempunyai kaitan langsung dengan sesuatu kes jenayah yang disiasat selain untuk dijadikan bahan rujukan bagi tujuan menyelesaikan sesuatu kes pada masa akan datang.[1]


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search