Al-Masih

Al-Masih (Arab: المسيح atau Messiah adalah gelaran penyelamat atau pembebas bagi sekumpulan orang, biasanya dalam agama-agama samawi. Dalam Kitab Bible Ibrani, Al-Masih (atau Mashiach) adalah seorang raja atau Imam Besar tradisional yang disalep dengan minyak pengurapan suci. Perkataan al-Masih secara harfiah bermaksud "Orang yang disapu (dengan minyak di kepala)".

Terjemahan kata Ibrani Mašíaḥ sebagai Χριστός (Khristós) dalam Septuagint Yunani[1] menjadi penetapan yang diterima oleh masyarakat Kristian dan gelaran Jesus. Kristian percaya bahawa ramalan dalam Alkitab Ibrani (terutamanya Isaiah) merujuk kepada penyelamat rohani dan percaya Jesus sebagai Al-Masih (Christ). Orang Yahudi pula percaya bahawa Al-Masih Yahudi adalah seorang pemimpin yang diurapi oleh Elohim, secara fizikal turun daripada keturunan Raja Daud, yang akan memerintah suku-suku kaum Israel[2] dan menandakan Zaman Mesianik dan keamanan global juga dikenali sebagai 'Dunia akan Datang'.

Hadis Islam menegaskan bahawa Nabi Isa a.s. ibni Maryam, ialah Nabi dan Al-Masih yang dihantar kepada Bani Israel yang dijanjikan, dan bahawa baginda sekali lagi akan kembali ke Bumi pada Hari Kiamat, bersama-sama dengan Imam Mahdi, dan mereka akan mengalahkan Masih-Al-Dajjal, iaitu "Masih palsu" atau Anti-Al-Masih.[3] Nabi Isa akan menyatukan umat Islam di bawah tujuan yang sama iaitu menyembah Allah mengikut ajaran Islam yang sebenar, dengan itu menamatkan perpecahan dan penyelewengan.

  1. ^ http://www.etymonline.com/index.php?term=messiah
  2. ^ Megillah 17b-18a, Taanit 8b
  3. ^ "Muttaqun OnLine - Dajjal (The Anti-Christ): According to Quran and Sunnah". Muttaqun.com. Dicapai 9 November 2012.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search