Allah Selamatkan Sultan Mahkota

Allah Selamatkan Sultan Mahkota

Lagu Kebangsaan Negeri Kedah Kedah
LirikAlmarhum Abdullah Syed Hussain, 1958
MuzikJ. A. Redhill (Reutenberg)
Diguna pakai1937
Sampel audio
Allah Selamatkan Sultan Mahkota (instrumental)

'Allah Selamatkan Sultan Mahkota'[1] merupakan lagu rasmi bagi negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Lagu kebesaran ini mula dimainkan secara rasmi pada tarikh 22 Mac 1937 (bersamaan dengan 9 Muharam 1356) setelah mendapat lulusan secara rasmi oleh kerajaan negeri. Sebelum 22 Mac 1937, tiada lagu khas yang dimainkan di majlis-majlis rasmi selain daripada permainan nobat.

Lirik lagu ini ditulis oleh Tun Abdullah Syed Hussain Shahabuddin, seorang bekas Pegawai Tadbir Negeri. Lagunya pula disusun oleh J. A. Redhill (Reutenberg atau Roeytenberg) yang merupakan Ketua Pancaragam Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur berketurunan Yahudi Rusia. Liriknya yang ringkas tetapi padat antara lain mendoakan lanjutan usia Sultan Kedah sebagai ketua agama terkandung di dalam empat baris dengan empat perkataan pada sebaris yang mempunyai rima akhir.[2]

  1. ^ Pascal Yes. "Malaysian National, States, Region, and Federal Territory Official Anthems" (PDF). pascal-yes.com.my. Dicapai pada 16 Januari 2023.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  2. ^ Utusan Malaysia. 2008. 30 Ogos.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search