Angkasa lepas

Angkasa lepas; (Jawi: اڠكاس لڤس), atau lebih ringkas angkasa; (Jawi: اڠکاس), merujuk kepada ruangan yang secara relatifnya kosong di dalam alam semesta yakni berada di luar dari atmosfera sesuatu objek astronomi. Angkasa lepas digunakan untuk membezakannya dengan ruang udara (dan kawasan-kawasan daratan) kerana angkasa merujuk kepada langit.[1] Berlawanan dengan pemahaman popular, angkasa lepas tidak sebenarnya kosong (iaitu hampagas sepenuhnya) tetapi mengandungi zarah-zarah dalam ketumpatan yang rendah, majoriti plasma hidrogen, serta sinaran elektromagnet. Angkasa lepas dikatakan turut mengandungi jirim gelap dan tenaga gelap, namun kenyataan ini cumalah bersifat hipotesis.

  1. ^ "Definisi angkasa". Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 2008-04-24.[pautan mati kekal]

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search