Angkatan Pemuda Insaf

Angkatan Pemuda Insaf
Awakened Youth Organization
اڠكتن ڤمودا انصاف
API
KetuaAhmad Boestamam (Datok Abdullah Thani bin Raja Kechil)
SetiausahaIbrahim Karim
Ditubuhkan17 Februari 1946
Ibu pejabatIpoh, Perak
IdeologiNasionalisme, Marhaenisme
WarnaMerah Putih
Laman sesawang
Laman Facebook Angkatan Pemuda Insaf (API)


Angkatan Pemuda Insaf (Jawi: اڠكتن ڤمودا انصاف, Bahasa Inggeris: Awakened Youth Organization, disinggkatkan kepada API) telah ditubuhkan pada tahun 1946 di Brewster Road (Jalan Sultan Idris Shah), Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Pengerusinya yang pertama ialah Abdullah Sani bin Tengku Kecil atau lebih dikenali dengan nama Ahmad Boestamam. API merupakan sebuah pertubuhan politik yang berpengaruh di kalangan masyarakat Melayu terutamanya dalam tahun-tahun awal perjuangan menentang penjajah Inggeris. API juga merupakan barisan yang terkuat dalam Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang wujud dalam tahun 1945 hinggalah negara mencapai kemerdekaan. [1]

Ahmad Boestamam

Kewujudan API sebagai salah satu komponen yang terkuat telah menyebabkan PKMM lebih radikal dan telah menyebabkan ia mendapat perhatian dan sokongan kuat daripada rakyat umum.

Disusun pada mulanya sebagai sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), sama seperti Angkatan Wanita Sedar (AWAS) sayap pemudi yang dipimpin oleh Shamsiah Fakeh. API kemudiannya bergerak sendiri selepas Kongres PKMM yang kedua di Kota Melaka pada bulan Disember 1946.

Pemimpin-pemimpin API adalah terdiri daripada rakyat biasa. Antaranya ialah Ahmad Boestamam, selaku Ketua API seluruh Tanah Melayu; Encik Karim Abu Bakar, Ketua Komandan API Perak; serta Encik Ghafar Baba, Ahli Jawatankuasa API Melaka.

API merupakan sebuah pertubuhan politik Melayu berhaluan kiri yang memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu.

Parti ini mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan Gabungan Pemuda Demokratik Sedunia dan Pertubuhan Lembaga Pemuda Bangsa Asia di Indonesia yang banyak mempengaruhi API dalam setiap sudut perjuangannya.

  1. ^ Hari Ini Dalam Sejarah Angkatan Pemuda Insaf (API) Ditubuhkan, Arkib Negara Malaysia

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search