Ayam

Ayem
Ayam jantan (kiri) dan ayam betina (kanan)
Dibelajinakkan
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Galliformes
Keluarga: Phasianidae
Genus: Gallus
Spesies:
Subspesies:
G. g. domesticus
Nama trinomial
Gallus gallus domesticus

Ayam (Jawi: ايم; Gallus gallus domesticus) merupakan sejenis unggas bela jinak dan subspesies kepada ayam hutan merah. Ayam merupakan antara haiwan bela jinak yang paling umum dan meluas sekali dengan jumlahnya melebihi 19 bilion ekor setakat tahun 2011.[1] Manusia membela ayam terutamanya sebagai sumber makanan dalam bentuk daging mahupun telurnya. Ayam umumnya tidak dapat terbang, dapat dijinakkan dan dipelihara.

Kajian genetik menunjuk ke arah pelbagai asal-usul sakanya di Asia Selatan, Tenggara dan Timur,[2] bahkan dengan kladnya ditemui di benua-benua Amerika, Eropah, Timur Tengah dan Afrika yang berasal dari subbenua India. Ayam bela jinak diimport dari India ke negara Lydia di barat Asia Kecil, kemudian ke Yunani menjelang abad ke-5 Sebelum Masehi.[3][4] Ayam sudah dikenali di Mesir sejak pertengahan abad ke-15 Sebelum Masehi, dengan kedatangan "burung yang beranak setiap hari" ke Mesir dari tanah di antara Syria dan Shinar, Babylonia, menurut babad Thutmose III.[5][6][7] Genom ayam kurang sekali berubah daripada leluhur berbulu pelepah yang terhapus oleh peristiwa kepupusan Kapur–Paleogen berbanding genom dinosaur keburungan yang telah dijujukkan setakat ini.[8]

  1. ^ UN's Food and Agriculture Organisation reported in the Economist: [1].
  2. ^ Xiang, H.; Gao, J.; Zhou, H.; Cai, D.; Zhang, Y.; Zhao, X. (2014). "Early Holocene chicken domestication in northern China". Proceedings of the National Academy of Sciences. 111 (49): 17564–17569. doi:10.1073/pnas.1411882111. Unknown parameter |laast3= ignored (bantuan); Unknown parameter |last-author-amp= ignored (bantuan); |first3= missing |last3= (bantuan)
  3. ^ Toussaint-Samat, Maguelonne (2009). "11: The History of Poultry". The History of Food. Diterjemahkan oleh Bell, Anthea (ed. dikemas). Blackwell. m/s. 306. ISBN 978-0631177418.
  4. ^ Perry-Gal, Lee; Erlich, Adi; Gilboa, Ayelet; Bar-Oz, Guy (11 August 2015). "Earliest economic exploitation of chicken outside East Asia: Evidence from the Hellenistic Southern Levant". Proceedings of the National Academy of Sciences. 112 (32): 9849–9854. Bibcode:2015PNAS..112.9849P. doi:10.1073/pnas.1504236112. PMC 4538678. PMID 26195775.
  5. ^ Carter, Howard (April 1923). "An Ostracon Depicting a Red Jungle-Fowl (The Earliest Known Drawing of the Domestic Cock)". The Journal of Egyptian Archaeology. 9 (1/2): 1–4..
  6. ^ Pritchard, "The Asiatic Campaigns of Thutmose III" Ancient Near East Texts related to the Old Testament, p240.
  7. ^ Roehrig, Catharine H.; Dreyfus, Renée; Keller, Cathleen A. (2005). Hatshepsut: From Queen to Pharaoh. New York: Metropolitan Museum of Art. m/s. 268. ISBN 978-1-58839-173-5.
  8. ^ Herrema, Martin (12 Disember 2014). "Chickens 'closer to dinosaurs' than other birds". Universiti Kent. Dicapai pada 20 Jun 2016.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search