Badak sumbu

Badak sumbu
Julat zaman: Eosen - Kini
Badak sumbu hitam, Diceros bicornis
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Rhinocerotidae

Gray, 1821
Genus masih wujud

Ceratotherium
Dicerorhinus
Diceros
Rhinoceros
Genus pupus, lihat teks

Taburan badak sumbu

Badak sumbu (Jawi: بادق ‏سومبو‎‎) ialah sejenis haiwan ungulat berjari ganjil tergolong dalam keluarga Rhinocerotidae. Haiwan ini sangat besar dan mempunyai satu hingga dua tanduk atau "sumbu"[1] diperbuat daripada keratin, bahan protein sama yang menghasilkan rambut dan kuku.[2] Ada lima spesies badak sumbu yang masih wujud iaitu badak sumbu hitam (Diceros bicornis) dan badak sumbu putih (Ceratotherium simum) ditemui di Afrika manakala badak sumbu kerbau (Dicerorhinus sumatrensis), badak sumbu India (Rhinoceros unicornis) dan badak raya (Rhinoceros sondaicus) ditemui di Asia. Terdapat dua subfamili badak sumbu iaitu yang mempunyai satu sumbu dan yang mempunyai dua sumbu. Spesies Afrika dan badak sumbu kerbau memiliki dua tanduk, sementara badak India dan badak raya memiliki satu tanduk.

Badak sumbu menjadi buruan bagi tanduknya yang dikehendaki di China dan Vietnam sebagai bahan perubatan tradisional Cina, sungguhpun tidak ada bukti kukuh manfaat kesihatannya.[3][4] Tanduk badak juga diburu sebagai bahan hulu pisau belati orang Yaman pada 1970-an dan 1980-an.[5]

  1. ^ "sumbu". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  2. ^ "What is a rhinoceros horn made of?". Yesmag.bc.ca. 9 Oktober 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 September 2011. Dicapai pada 23 September 2010.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  3. ^ "Vietnam's Appetite For Rhino Horn Drives Poaching In Africa". NPR.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 September 2021.
  4. ^ Cheung, Hubert; Mazerolle, Lorraine; Possingham, Hugh; Biggs, Duan (1 Februari 2021). "Rhino horn use by consumers of traditional Chinese medicine in China". Conservation Science and Practice. 3 (5). doi:10.1111/csp2.365.
  5. ^ Vigne, Lucy; Martin, Esmond (Januari-Mac 2018). "Amid conflict, Yemen's demand for rhino horn daggers continues" (PDF). Swara – melalui Rhino Resource Center. Check date values in: |date= (bantuan)

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search