Bahasa-bahasa Melayu

Bahasa-bahasa Melayu
Bahasa-bahasa Melayik
Taburan
geografi:
Asia Tenggara Maritim
Klasifikasi bahasa:Austronesia
Bahasa-proto:Bahasa Melayu Purba
Pembahagian:
  • (dipertikaikan)
Glottolog:mala1538[1]
{{{mapalt}}}
Taburan bahasa-bahasa Melayu di Asia Tenggara Maritim:
  Subkumpulan bahasa-bahasa Iban dan bahasa-bahasa Dayak Melayu Barat (Kanayatn/Salako-Kendayan), juga dikenali himpunannya sebagai "bahasa-bahasa Dayak Melayik".
  Ragam Melayu lain; hubungan genetik masih tidak jelas.

Bahasa-bahasa Melayik[2] dalam bidang linguistik menerangkan suatu cabang bahasa di bawah rumpun Melayu-Polinesia dalam keluarga bahasa-bahasa Austronesia. Bahasa yang terkenal dalam keluarga ini ialah bahasa Melayu yang dijadikan bahasa kebangsaan di Brunei dan Singapura serta asas kepada dua bahasa baku iaitu bahasa Malaysia untuk kegunaan peringkat kebangsaan Malaysia dan Bahasa Indonesia untuk kegunaan bahasa kebangsaan Indonesia dan bahasa yang popular dipelajari di Timor Leste.[3]

Seorang gadis sedang bertutur dalam bahasa Indonesia di Belanda

Cabang bahasa ini juga merangkumi bahasa-bahasa setempat dituturkan pelbagai sub-etnik Melayu (contohnya seperti bahasa Kutai, bahasa Melayu Kedah dan bahasa Melayu Basemah). Bahasa kerabat yang mempunyai hubungan terdekat dengan bahasa Melayu di Sumatera (seperti bahasa Minangkabau) dan Borneo (seperti bahasa Iban), antara calon kawasan yang paling berkemungkinan sebagai titik daripada pemisahan bahasa-bahasa Melayik ialah di barat pulau Borneo.

  1. ^ Hammarström, Harald; Forkel, Robert; Haspelmath, Martin, penyunting (2017). "Malayic". Glottolog 3.0. Jena, Germany: Max Planck Institute for the Science of Human History.
  2. ^ Universiti Kebangsaan Malaysia (1997). "Bahagian 3". Journal of the Institute of Malay Language, Literature and Culture. 14: 49.
  3. ^ Asmah Haji Omar (1992). "Malay as a pluricentric language". Dalam Clyne, Michael J. (penyunting). Pluricentric Languages: Differing Norms in Different Nations. Berlin & New York: Mouton de Gruyte. m/s. 403–4. ISBN 3-11-012855-1. Singapore has maintained the name Malay or bahasa Melayu...

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search