Bahasa-bahasa Sino-Tibet

Bahasa Sino-Tibet
Bahasa Trans-Himalaya
Taburan
geografi:
Asia Timur, Asia Selatan, Asia Tenggara
Klasifikasi bahasa:Salah satu daripada keluarga-keluarga bahasa utama di dunia
Bahasa-proto:Bahasa Sino-Tibet Purba
Pembahagian:
ISO 639-2 / 5:sit
Linguasphere:79- (phylozon)
Glottolog:sino1245[1]
{{{mapalt}}}
Pembahagian kumpulan bahasa-bahasa Sino-Tibet

Bahasa-bahasa Sino-Tibet, juga dikenali sebagai keluarga bahasa Sino-Tibet dan bahasa-bahasa Trans-Himalaya dalam beberapa sumber,[2][3] ialah sebuah keluarga bahasa terdiri daripada lebih 400 bahasa yang ditutur di Asia Timur, Asia Tenggara dan sebahagian Asia Selatan. Keluarga ini merupakan keluarga bahasa kedua terbesar selepas bahasa-bahasa Indo-Eropah dari segi bilangan penutur asli.[4] Bahasa-bahasa Sino-Tibet dengan penutur asli terbanyak ialah bahasa Cina (1.3 bilion penutur), bahasa Burma (33 juta) dan bahasa-bahasa Tibet (8 juta). Bahasa-bahasa lain di bawah keluarga ini dituturkan di pergunungan Himalaya, kawasan massif Asia Tenggara, serta kawasan pinggiran tanah tinggi Tibet. Kebanyakan bahasa-bahasa Sino-Tibet tersebut ditutur oleh masyarakat kecil di kawasan gunung terpencil dan kurang didokumenkan.

Beberapa subkumpulan beraras rendah bahasa-bahasa Sino-Tibet sudah direkonstruksi secara selamat, tetapi rekonstruksi bahasa proto keluarga bahasa ini masih lagi pada tahap awal, maka struktur aras leluhur bahasa Sino-Tibet masih kurang kepastiannya. Walaupun keluarga bahasa ini biasanya terbahagi kepada cabang-cabang Sinitik (seperti bahasa Cina) dan Tibet-Burma, asal usul bersama bahasa-bahasa bukan Sinitik masih tidak dapat ditentusahkan lagi. Walaupun ahli-ahli linguistik Cina secara amnya menambah bahasa-bahasa Kra-Dai dan bahasa-bahasa Hmong-Mien ke dalam keluarga bahasa tersebut, kebanyakan ahli-ahli linguistik yang lain telah mengeluarkan dari pengelasan bawah keluarga bahasa Sino-Tibet sejak 1940-an lagi. Beberapa perkaitan kepada keluarga bahasa yang lain telah dicadangkan, namun tidak satu pun yang diterima secara meluas.

  1. ^ Hammarström, Harald; Forkel, Robert; Haspelmath, Martin, penyunting (2017). "Sino-Tibetan". Glottolog 3.0. Jena, Germany: Max Planck Institute for the Science of Human History.
  2. ^ van Driem (2014), m/s. 16.
  3. ^ List, Lai & Starostin (2019), m/s. 1.
  4. ^ Handel (2008), m/s. 422.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search