Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Arab. (Jun 2024)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Bahasa Arab Mesir | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
مصري Maṣrī | |||||||
Sebutan | [mɑsˁɾɨ] | ||||||
Asli kepada | Mesir dan beberapa buah negara lain | ||||||
Penutur bahasa | 76,000,000 + [1] | ||||||
Afro-Asia
| |||||||
Abjad Arab | |||||||
Status rasmi | |||||||
Bahasa rasmi di | tiada | ||||||
Dikawal selia oleh | tiada | ||||||
Kod bahasa | |||||||
ISO 639-2 | arz | ||||||
ISO 639-3 | arz | ||||||
| |||||||
Bahasa Arab Mesir (Arab: اللغة العامية المصرية ,[2][3][4] singkatan: مَصرى Maṣrī)[5][6] merupakan lahjah utama Bahasa Arab di tanah Mesir (yakni "lahjah Mesir", Bahasa Arab Fusha: لَهْجَة مِصْرِيَّة lahjah Miṣrīyah) dituturkan lebih daripada 76 juta orang.[1][7] Lahjah ini berasal dari Delta Nil sekeliling ibu kota Kaherah di Mesir Hilir; ia mula berkembang sejak pembawaan bahasa Arab lisan ke Mesir abad ke-7 dipengaruh utama Bahasa Qibti turunan bahasa masyarakat asli Qibti yang dituturkan dari zaman sebelum dan semasa para anbia,[8][9][10] dan selepas itu oleh bahasa lain seperti Bahasa Turki semasa zaman Iyalah dan Khidiwiah kerajaan Uthmaniyah. Bahasa Arab Mesir lahjah paling termasyhur dikenali dan banyak dipelajari dalam dunia Arab luar negara ini selepas Bahasa Arab Fusha kerana pengaruh luas industri filem dan muzik Mesir di kalangan bangsa Arab.[11][12][13][14][15]
Kalimah "Bahasa Arab Mesir" dan "Masri" selalunya disama erti dengan "Bahasa Arab Kaherah", suatu dialek yang dituturkan di ibu negara Mesir. Manakala perkataan Maṣr digunakan oleh penduduk tempatan untuk merujuk ibu negara Mesir sendiri, iaitu Kaherah. Sama seperti keadaan Bahasa Perancis, Bahasa Arab Mesir memainkan peranan yang besar dalam semua hal-hal kebangsaan. Bahasa Arab Mesir biasanya ditulis dengan huruf Arab untuk kegunaan tempatan, walau bagaimanapun, Bahasa tersebut juga ditulis menggunakan tulisan Latin atau Abjad Fonetik Antarabangsa dalam teks-teks linguistik dan buku-buku teks untuk kemudahan mengajar bangsa asing.
egyptian arabic influence.
© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search