Bahasa Cam

Bahasa Cam
Asli kepadaKemboja, Vietnam, Thailand, China (Pulau Hainan), beberapa buah negara engan imigran terkini
Penutur bahasa
250,000 (2007)
Dialek/loghat
  • Cam Barat (204,000)
  • Cam Timur (73,000)
Abjad Cam (Vietnam), Arab (Kemboja)
Status rasmi
Bahasa rasmi di
tiada, diakui sebagai bahasa minoriti di Kemboja dan Vietnam
Kod bahasa
ISO 639-3Salah satu:
cja – Cam Barat
cjm – Cam Timur
ELPEastern Cham

Bahasa Cam ialah bahasa tuturan orang Cam di tanah besar Asia Tenggara, dan bahasa bekas kerajaan Campa di Vietnam tengah. Salah satu anggota cabang Melayu-Polinesia daripada keluarga bahasa-bahasa Austronesia, bahasa ini dituturkan oleh 100,000 orang dan di Vietnam dan sehingga 220,000 orang di Kemboja (anggaran 1992). Ada populasi kecil penutur di Thailand dan Malaysia. Bahasa-bahasa Camik lain dituturkan di Vietnam (Raglai, Rhade, Carai, Chru, H'roi) dan di Pulau Hainan di China (bahasa Ucat). Bahasa Cam mempunyai kaitan dengan bahasa-bahasa Melayu-Polinesia di Indonesia, Malaysia, Madagaskar, dan Filipina. Bahasa ini pernah mempunyai takat lebih luas dan mungkin bilangan penutur lebih besar kerana merupakan bahasa utama empayar Campa.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search