Bahasa Cina Pertengahan | |
---|---|
中古漢語 | |
Asli kepada | China |
Kawasan | China Zaman Pertengahan |
Pupus | Berevolusi menjadi Proto-Mandarin dan pelbagai loghat Cina yang lain kecuali Min |
Tulisan Mohor, Tulisan Kerani, Kaishu, Tulisan Separa Kursif, Tulisan Rumput, Phagspa, Hangul | |
Status rasmi | |
Bahasa rasmi di | Dinasti Selatan dan Utara, Dinasti Sui, Dinasti Tang, Dinasti Song |
Kod bahasa | |
ISO 639-3 | ltc |
Bahasa Cina Pertengahan (Cina Tradisional: 中古漢語 , Cina Ringkas: 中古汉语 , pinyin: zhōnggǔ Hànyǔ) memaksudkan bahasa Cina yang ditutur pada zaman Dinasti Selatan dan Utara dan Dinasti-dinasti Sui, Tang, dan Song (abad ke-6 hingga ke-10). Istilah "Bahasa Cina Pertengahan" bersama Bahasa Cina Lama dan Bahasa Cina Moden, digunakan dalam konteks fonologi Cina bersejarah yang bertujuan membentuk semula sistem sebutan bahasa Cina pada zaman silam.
Bahasa Cina Pertengahan terbahagi kepada Bahasa Cina Pertengahan Awal dan Bahasa Cina Pertengahan Akhir. Titik peralihan antara Bahasa Cina Pertengahan Awal dan Akhir dipercayai berlaku melalui perkembangan fonologi pada pertengahan zaman Dinasti Tang. Contohnya, dalam kamus rima Qieyun, ditunjukkan aksara-aksara berawalan konsonan bibir [p pʰ b m], tetapi tiadanya awalan konsonan bibir-gigi iaitu f dan v, yang sebaliknya ditemui dalam kamus Jiyun, justeru menunjukkan berlakunya perubahan dalam sebutan bahasa Cina empat abad selepas Qieyun diterbitkan.
© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search