Bahasa Iceland | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
íslenska | |||||||
Sebutan | [ˈistlɛnska] | ||||||
Asli kepada | Iceland, Denmark, Amerika Syarikat,[1] dan Kanada[2] | ||||||
Kawasan | Iceland | ||||||
Penutur bahasa | 314,000[3] | ||||||
Indo-Eropah
| |||||||
Abjad Rumi (jenis Iceland) | |||||||
Status rasmi | |||||||
Bahasa rasmi di | Iceland | ||||||
Dikawal selia oleh | Institusi Árni Magnússon untuk Kajian Iceland | ||||||
Kod bahasa | |||||||
ISO 639-1 | is | ||||||
ISO 639-2 | ice (B) isl (T) | ||||||
ISO 639-3 | isl | ||||||
|
Bahasa Iceland ([íslenska (bantuan·maklumat)]) merupakan sebuah Bahasa Jermanik Utara dan bahasa ibunda orang Iceland banyak tertumpu di pulau Iceland yang menjadikan ia bahasa rasmi negara pulau tersebut.[3] Bahasa yang terdekat ialah Bahasa Faroe dan loghat-loghat Bahasa Norway barat seperti Sognamål.
Bahasa ini dtuturkan bukan sahaja 300,000 orang yang menduduki pulau Iceland di utara Eropah tetapi juga sekitar 8,000 orang di Denmark di tanah besar benua,[4] 5,000 orang di Amerika Syarikat[1] serta lebih 1,400 orang di Kanada[2] tertumpu di pesisiran Tasik Winnipeg provinsi Manitoba diduduki orang itu pada tahun 1880-an.
Bahasa ini terkenal dengan pendekatan menciptakan perbendaharaan kata baharu secara mengelak daripada kata pinjaman bahasa-bahasa asing tetapi sebaliknya mendekati unsur asal bahasa yang sedia ada[5][6] memajukan pengetahuan semasa bangsa Iceland sambil menghubungkan dengan warisan persuratan lama mereka.[7]
© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search