Bahasa Melayu Negeri Sembilan

Bahasa Melayu Negeri Sembilan
Baso Nogoghi
Asli kepada Negeri Sembilan
KawasanNegeri Sembilan, utara Melaka
EtnikOrang Melayu Negeri Sembilan, Minangkabau
Penutur bahasa
508,000 (populasi etnik) (2004)
Kod bahasa
ISO 639-3zmi
Glottolognege1240
Rencana ini mengandungi simbol fonetik IPA. Tanpa sokongan perisian tertentu, anda mungkin melihat tanda tanya, kotak, atau simbol lain dan bukannya askara Unicode. Untuk panduan pengenalan mengenai simbol IPA, lihat Bantuan:IPA.

Bahasa Melayu Negeri Sembilan (Tulisan Jawi: بهاس ملايو نݢري سمبيلن‎, juga dikenali sebagai Baso Nogoghi atau Baso Nismilan) ialah satu dialek bahasa atau loghat bahasa Minangkabau yang digunakan di Negeri Sembilan, dan bahagian utara Melaka di daerah Alor Gajah, Malaysia. Dialek Melayu Negeri Sembilan ini ialah satu bahasa dalam rumpun Minangkabauik kerana banyak dipengaruhi oleh bahasa tuturan suku Minangkabau, asal usul nenek moyang kebanyakan penduduk Negeri Sembilan.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search