Bahasa Sepanyol

Bahasa Sepanyol
بهاس سيڤڽول
español, castellano
KawasanSesetengah dari Eropah, kebanyakan dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan, sesetengah bahagian dari Amerika Utara dan Caribbean; dan enklaf dan kumpulan immigran pada semua benua
Penutur bahasa
550 juta, 500 juta penutur asli
Status rasmi
Bahasa rasmi di
Argentina, Bolivia, Chile, Colombia, Costa Rica, Cuba, Republik Dominican, Ecuador, El Salvador, Guinea Khatulistiwa, Kesatuan Eropah, Guatemala, Honduras, Mexico, Nicaragua, Panama, Paraguay, Peru, Puerto Rico, Sepanyol, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Uruguay, dan Venezuela.
Dikawal selia olehAsociación de Academias de la Lengua Española (Real Academia Española dan 21 lain kebangsaan akademi bahasa Sepanyol)
Kod bahasa
ISO 639-1es
ISO 639-2spa
ISO 639-3
spa

Bahasa Sepanyol merupakan salah satu bahasa yang berasal daripada Bahasa Latin. Bahasa ini digunakan oleh ramai orang di dunia pada masa kini. Hal ini merupakan sebahagian dari kesan-kesan penjelajahan dan penjajahan orang Sepanyol pada masa lampau. Mereka membina banyak negara baru dan juga memulakan kerajaan baru di negara-negara yang sudah lama wujud.

Berikut merupakan beberapa contoh tempat di mana bahasa Sepanyol digunakan sebagai bahasa yang penting:

Di Amerika Utara, Amerika Tengah, dan di Kepulauan Karibia: Costa Rica, Cuba, Republik Dominika, Guatemala, Honduras, Mexico, Nicaragua, Panama, Puerto Rico, dan El Salvador. Walaupun lebih ramai orang menggunakan Bahasa Inggeris dalam pertuturan di Amerika Syarikat, Bahasa Sepanyol merupakan bahasa kedua terbanyak dipertuturkan di negara tersebut.

Di Amerika Selatan: Argentina, Bolivia, Chile, Colombia, Ecuador, Guyana, Paraguay, Peru, Uruguay, Venezuela.

Di tempat-tempat lain di dunia: Filipina, dan Guinea Khatulistiwa.

Di Sepanyol, terdapat beberapa bahasa lain digunakan di samping bahasa Sepanyol, seperti bahasa Catalonia dan Galicia, yang berkait rapat dengan bahasa Sepanyol dari segi salasilah famili bahasa Italik. Bahasa Basque juga turut ditutur, tetapi tidak berkait rapat dengan bahasa Sepanyol. Oleh kerana itu, bahasa Sepanyol kadangkala dipanggil sebagai bahasa Castilla (castellano) dinamakan sempena Castilla, satu kawasan di Sepanyol.

Perkataan Sepanyol bagi bahasa Sepanyol ialah "español", dan perkataan Sepanyol bagi Castilian ialah "castellano".


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search