Bandar raya

Pusat bandar raya Chicago dari pandangan udara.

Bandar raya (Jawi: بندر راي) atau bandaraya (Jawi: بندراي) berasal dari dua perkataan iaitu bandar dan raya - besar. Oleh itu bandar raya membawa maksud "bandar yang besar lagi penting yang biasanya ada penduduk seramai 100,000 penduduk atau lebih." Bagaimanapun jumlah penduduk ini berbeza mengikut negara.

Sesebuah bandar raya adalah berbeza daripada kawasan metropolitan kerana sebuah bandar raya merujuk kepada satu kawasan berautonomi penuh yang telah diwartakan oleh kerajaan manakala sebuah kawasan metropolitan pula merujuk kepada kawasan perbandaran yang merebak sehingga menggabungkan bandar-bandar lain di dalamnya. Contohnya, kawasan metropolitan Lembah Klang meliputi beberapa buah bandar dan bandar raya seperti Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam, Klang, Subang Jaya, Ampang, Kajang dan Putrajaya, manakala kawasan yang diwartakan sebagai Bandar Raya Kuala Lumpur hanya terhad kepada kawasan yang dirangkumi sempadan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Contoh bandaraya di Malaysia (diwartakan secara rasmi) seperti bandar raya Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh, Kota Kinabalu dan Kuching.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search