Bangkok

Bangkok
กรุงเทพมหานคร (บางกอก)
Krung Thep Maha Nakhon (Bangkok)
باڠكوك
کروڠ تهيڤ مها نخر
Ibu Kota dan Wilayah pentadbiran khas
A composite image, consisting of the following, in clockwise fashion: a skyline with several skyscrapers; a tall gate-like structure, painted in red; a monument featuring bronze figures standing around the base of an obelisk, surrounded by a large traffic circle; a cable-stayed bridge with a single pylon on one side of the river it spans; a temple with a large stupa surrounded by four smaller ones on a river bank; and a stately building with a Thai-style roof with three spires
Arah jam dari atas: Daerah perniagaan Si Lom–Sathon, Buaian Gergasi, Monumen Kejayaan, Jambatan Rama VIII, Wat Arun, dan Istana Perama
A green rectangular flag with the seal of Bangkok in the centre
A round seal bearing the image of Indra riding Airavata among clouds, with the words "Krung Thep Maha Nakhon" (in Thai) across the top
Map of Thailand, with a small highlighted area near the centre of the country, near the coast of the Gulf of Thailand
Lokasi di dalam Thailand
Koordinat: 13°45′09″N 100°29′39″E / 13.75250°N 100.49417°E / 13.75250; 100.49417Koordinat: 13°45′09″N 100°29′39″E / 13.75250°N 100.49417°E / 13.75250; 100.49417
Negara Thailand
WilayahThailand Tengah
BertapakSekitar abad ke-15
Dirasmikan sebagai ibu negara21 April 1782
Diasaskan olehRaja Rama I
Badan pemerintahPentadbiran Metropolitan Bangkok
Pentadbiran
 • JenisWilayah pentadbiran khas
 • GabernorAswin Kwanmuang
Keluasan
 • Bandar1,568.737 km2 (605.693 batu persegi)
 • Metro
7,761.6 km2 (2,996.8 batu persegi)
Penduduk
 (Banci 2010)[1]
 • Bandar8,280,925
 • Kepadatan5,300/km2 (14,000/batu persegi)
 • Metro
14,626,225
 • Kepadatan metro1,900/km2 (4,900/batu persegi)
DemonimOrang Bangkok
Khon Krung Thep (Natif)
Zon waktuUTC+7 (Waktu Indochina)
Poskod
10###
Kod kawasan02
Kod ISO 3166TH-10
Laman sesawangwww.bangkok.go.th

Bangkok , atau nama rasmi Krung Thep Mahanakhon (Bahasa Thai: กรุงเทพมหานคร), atau nama sehari-hari Krung Thep (Bahasa Thai: กรุงเทพ) adalah ibu kota dan bandar terbesar Thailand. Bangkok terletak di sebelah timur tebing Sungai Chao Phraya, berdekatan dengan Teluk Thailand. Bangkok mempunyai kepadatan penduduk lebih daripada 8 juta, bersamaan dengan 12.6 peratus daripada penduduk negara ini. Lebih dari 14 juta orang (22.2 peratus) tinggal di sekitar wilayah Metropolitan Bangkok menrut banci 2010,[2] menjadikan Bangkok sebuah bandar raya primat, dengan ketara mengerdilkan pusat bandar Thailand yang lain dari segi kepentingannya. Bangkok merupakan sebuah bandar yang progresif yang sedang pesat membangun dari segi ekonomi yang mampu bersaing dengan Singapura dan Hong Kong. Namun, masalah kekurangan infrastruktur dan gejala sosial yang meningkat menghambat kemajuannya sebagai sebuah pusat ekonomi terpenting di Asia Tenggara. Bangkok juga merupakan destinasi pelancongan yang popular di dunia.

Pada masa dahulu, Bangkok dikenali sebagai sebuah kawasan perdagangan kecil semasa Kerajaan Ayutthaya pada abad ke-15, yang akhirnya tumbuh dan menjadi lokasi dua bandar ibu negara: Thonburi pada tahun 1768 dan Rattanakosin pada tahun 1782. Bangkok adalah pusat pada zaman pemodenan Siam, yang kemudiannya dinamakan Thailand, pada akhir abad ke-19, ketika negara menghadapi tekanan dari Barat. Bandar telah memperlihatkan perjuangan politik Thailand sepanjang abad ke-20, ketika negara itu menghapuskan monarki mutlak, menerima pemerintahan raja berperlembagaan dan menjalani banyak kudeta serta beberapa pemberontakan. Bandar ini berkembang pesat pada tahun 1960-an hingga 1980-an dan kini memberi impak besar kepada politik, ekonomi, pendidikan, media dan masyarakat moden Thailand.

Ledakan pelaburan Asia pada tahun 1980-an dan 1990-an membawa banyak syarikat multinasional untuk menempatkan ibu pejabat serantau mereka di Bangkok. Bandar ini kini menjadi kuasa serantau utama dalam bidang kewangan dan perniagaan. Bangkok adalah hab antarabangsa untuk pengangkutan dan penjagaan kesihatan, dan telah muncul sebagai pusat serantau untuk seni, fesyen dan hiburan. Bandar ini terkenal dengan kehidupan jalanan dan mercu tanda budaya, serta daerah lampu merah yang terkenal. Istana Besar bersejarah dan kuil-kuil Buddha termasuk Wat Arun dan Wat Pho merupakan tempat yang harus dikunjungi. Tempat-tempat pelancongan lain seperti pusat hiburan malam hari, Khaosan Road dan Patpong, turut menarik perhatian pelancong dari dalam dan luar negara. Bangkok adalah antara destinasi pelancongan utama dunia. Bandar ini dinamakan bandar paling banyak kali dikunjungi di dunia dalam Indeks Bandar Destinasi Global MasterCard, dan dinamakan "Bandar Terbaik Dunia" selama empat tahun berturut-turut oleh majalah Travel + Leisure.

Pertumbuhan pesat Bangkok di tengah-tengah pengurusan dan peraturan bandar yang sedikit telah mengakibatkan pemandangan kota yang tidak serasi dan sistem infrastruktur yang tidak mencukupi. Jalan-jalan yang terhad, walaupun mempunyai rangkaian lebuh raya yang luas, telah menyebabkan kesesakan lalu lintas yang kronik dan melumpuhkan. Hal ini menyebabkan pencemaran udara teruk pada tahun 1990-an. Pihak berkuasa bandar Bangkok sejak itu telah membina sistem pengangkutan awam dalam usaha menyelesaikan masalah utama ini. Lima saluran transit pantas kini beroperasi, dengan lebih banyak sistem yang sedang dibina atau dirancang oleh kerajaan negara dan Pentadbiran Metropolitan Bangkok.

  1. ^ "Table 1 Population by sex, household type and household by type, average size of private household by region and area: 2010". Statistic tables, NSO website. National Statistics Office. Dicapai pada 18 September 2012.
  2. ^ http://citypopulation.de/php/thailand-prov-admin.php Dicapai 8 Disember 2017.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search