Koordinat: 23°N 90°E / 23°N 90°E
Republik Rakyat Bangladesh ريڤوبليك رعيت بڠلاديش গণপ্রজাতন্ত্রী বাংলাদেশ Gônoprojatontri Banglaôdesh | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata: Tiada | |||||
Lagu kebangsaan: Amar Sonar Bangla Bengal Emasku | |||||
Ibu negara dan bandar terbesar | Dhaka | ||||
Bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan | Bahasa Benggali[1] | ||||
Kerajaan | Republik parlimen | ||||
• Presiden | Shahabuddin Chuppu | ||||
Sheikh Hasina | |||||
Kemerdekaan dari Pakistan | |||||
• Diisytiharkan | 26 Mac 1971 | ||||
16 Disember 1971 | |||||
7.0 | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan 2007 | 150,448,339[2] (7) | ||||
• Bancian Penduduk 2001 | 129,247,2331 | ||||
KDNK (PPP) | 2006 | ||||
• Jumlah | $330.8 billion (31st) | ||||
$2200 (138) | |||||
Gini (2000) | 31.8 sederhana | ||||
HDI (2004) | 0.530 rendah · 137 | ||||
Mata wang | Taka ( BDT ) | ||||
Zon waktu | UTC+6 (BDT) | ||||
• Musim panas (DST) | UTC+6 (tidak diperhatikan) | ||||
Kod panggilan | 880 (SubKod) | ||||
Kod ISO 3166 | BD | ||||
DPT internet | .bd,.বাংলা | ||||
1 Adjusted population, p.4,
"Population Census 2001, Preliminary Report". Bangladesh Bureau of Statistics. 2001-08. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-06. Dicapai pada 2007-07-30. Check date values in: |date= (bantuan) |
Bangladesh (Bahasa Benggali: বাংলাদেশ) atau nama rasminya Republik Rakyat Bangladesh (গণপ্রজাতন্ত্রী বাংলাদেশ, Gônoprojatontri Banglôdesh) ialah sebuah negara di sebelah timur laut anak benua India rantau Asia Selatan bersempadanan dengan India di sebelah barat, utara dan timur serta Myanmar di sebelah tenggara menghadap Teluk Benggala di sebelah selatan. Bersama-sama dengan Bengal Barat di India, Bangladesh terdiri daripada kawasan etnik dan linguistik Bengal. Ibu negara dan bandar terbesar Bangladesh ialah Dhaka.
Sempadan Bangladesh ditetapkan oleh Pembahagian India pada tahun 1947 ketika negara ini merupakan sayap timur Pakistan (Pakistan Timur) yang dipisahkan daripada sayap barat sejauh 1,600 kilometer (1,000 batu). Walaupun mempunyai agama yang sama, jurang etnik dan linguistik antara kedua-dua sayap diburukkan lagi oleh sebuah kerajaan yang ditempatkan di Pakistan Barat yang bersikap tidak peduli. Ini menyebabkan kemerdekaan Bangladesh pada tahun 1971 selepas peperangan berdarah yang disokong oleh India. Tahun-tahun yang menyusul kemerdekaan ditandai dengan huru-hara politik yang terdiri daripada tiga belas ketua kerajaan yang berlainan, serta sekurang-kurang empat rampasan kuasa tentera.
Bangladesh mempunyai bilangan penduduk yang kelapan terbesar di dunia, tetapi kawasan negara ini sebanyak 144,000 kilometer persegi ditempatkan sembilan puluh tiga di dunia. Oleh itu, Bangladesh merupakan salah satu negara yang terpadat di dunia. Negara ini ialah negara yang mempunyai bilangan orang Islam yang ketiga terbesar di dunia, tetapi bilangan ini masih kurang sedikit berbanding dengan bilangan orang Islam yang merupakan kelompok minoriti di India.
Secara geografi, Bangladesh dikuasai oleh Delta Ganges-Brahmaputra yang subur. Negara ini mengalami banjir monsun tahunan, dan siklon kerap berlaku.
Bangladesh adalah salah satu daripada ahli pengasas Pertubuhan Kerjasama Serantau Asia Selatan (SAARC), BIMSTEC, serta ahli Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) dan Lapan Negara Membangun (D-8).
© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search