Benazir Bhutto

Benazir Bhutto
Perdana Menteri Pakistan ke-12 dan 16
Dalam jawatan
18 Julai 1993 – 5 November 1996
PresidenWasim Sajjad dan Farooq Leghari
Didahului olehMoin Qureshi (Interim)
Digantikan olehMiraj Khalid (Interim)
Dalam jawatan
2 Disember 1988 – 6 Ogos 1990
PresidenGhulam Ishaq Khan
Didahului olehMuhammad Khan Junejo
Digantikan olehGhulam Mustafa Jatoi
Butiran peribadi
Lahir(1953-06-21)21 Jun 1953
Pakistan Karachi, Pakistan
Meninggal dunia27 Disember 2007(2007-12-27) (umur 54)
Rawalpindi, Pakistan
KerakyatanPakistan
Parti politikParti Rakyat Pakistan
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info pemegang jawatan dengan parameter tidak diketahui "religion"

Benazir Maureen Bhutto (IPA: [beːnɜziːr bʰʊʈʈoː]; 21 Jun 1953 - 27 Disember 2007) telah terbunuh dalam serangan berani mati dalam satu rali perarakan parti beliau di bandar Rawalpindi, Pakistan pada hari Khamis, 27 Disember 2007. Beliau merupakan seorang ahli politik Pakistan. Beliau pernah dilantik menjadi Perdana Menteri Pakistan pada 1988 tetapi digulingkan 20 bulan kemudian oleh Presiden Ghulam Ishaq Khan atas tuduhan rasuah dan kleptokrasi. Ghulam Ishaq menggunakan Pindaan Kelapan untuk membubarkan parlimen dan mengadakan satu pilihan raya baru.

Bhutto dipilih semula dalam tahun 1993 tetapi disingkirkan tiga tahun kemudian oleh Presiden Pakistan ketika itu, Farooq Leghari. Pada tahun 2006, Interpol telah mengeluarkan arahan untuk menangkap beliau dan suaminya. Benazir kemudian membuat kenyataan media bahawa beliau akan kembali ke Pakistan pada September 2007 setelah pentadbiran Presiden Pervez Musharraf semakin ditolak rakyat.

Benazir Bhutto merupakan anak sulung kepada bekas Perdana Menteri Pakistan, Zulfikar Ali Bhutto[1] dan Begum Nusrat Bhutto. Mereka berasal dari keturunan Kurdish, Iran. Benazir belajar di Universiti Oxford dan Universiti Harvard.

  1. ^ Khuhro & Soomro 2013, m/s. 274.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search