Berkatlah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan

Berkatlah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
Jata Negeri Sembilan.

Lagu Kebangsaan Negeri Negeri Sembilan Negeri Sembilan
LirikTunku Zakaria Mambang
MuzikAndrew Caldecott
Diguna pakai1911
Sampel audio
Berkatlah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan (instrumental)

Berkatlah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan adalah lagu kebesaran Negeri Sembilan. Lagunya telah digubah oleh Andrew Caldecott (1884-1951) dan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Negeri Sembilan pada masa itu, Tuanku Muhammad ibni Tuanku Antah pada tahun 1911.

Lagu negeri ini mendapat gubahan semula yang lebih diperbaharui oleh Tunku Zain Al-‘Abidin iaitu putera kedua Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz[1] dengan kerjasama Orkestra Filharmonik Malaysia serta kumpulan koir dari beberapa sekolah serata negeri tersebut.[1] Gubahan baru ini diperkenalkan sewaktu pertabalan baginda Tuanku Muhriz serta permaisuri baginda Tuanku Aishah Rohani pada awal 2009, dan kemudiannya dirasmikan pada 27 Oktober 2010.[2]

Bahagian Lirik "Musuhnya habis binasa" daripada lagu itu berfungsi sebagai moto untuk pasukan bola sepak negeri, Negeri Sembilan FA.

  1. ^ a b Chitra S. Nathan (30 October 2010). "Prince fine-tunes Negri Sembilan anthem". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Jun 2011. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  2. ^ "Lagu kebesaran negeri digubah semula". Utusan Online. Utusan Melayu (M) Berhad. 28 Oktober 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-06-25. Dicapai pada 25 Jun 2016.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search