Binatang

Binatang
Julat zaman: Ediakara - Sekarang
Pengelasan saintifik
Domain:
(tanpa pangkat) Opisthokonta
(tanpa pangkat) Holozoa
(tanpa pangkat) Filozoa
Alam:
Animalia

Filum

Binatang (Jawi: بيناتڠ), atau haiwan (Jawi: حيوان serapan Arab: حَيَوَان, rumi: ḥayawān terbitan kata حَيٌّ hayy "hidup"[1]) ialah sekelompok besar organisma eukariot multisel yang tergolong dalam alam Animalia atau Metazoa. Apabila berkembang, pelan badannya pada kesudahannya menjadi tetap, namun ada sesetengah spesies yang menjalankan proses metamorfosis di tengah-tengah riwayatnya. Kebanyakan binatang adalah motil, iaitu boleh bergerak secara spontan dan berdikari. Semua binatang juga merupakan heterotrof, iaitu perlu memakan organisma lain atau hasil keluarannya demi menyara hidup.

Kebanyakan filum binatang yang dikenali muncul dalam rekod fosil sebagai spesies marin sewaktu ledakan Kambria sekitar 542 juta tahun dahulu.

Manusia memanfaatkan banyak spesies binatang lain, seperti makanan (termasuk daging, susu, dan telur), untuk bahan (seperti kulit dan bulu), sebagai binatang peliharaan, dan sebagai binatang yang berfungsi termasuk untuk pengangkutan.

  1. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 117. ISBN 967-65-7321-3.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search