Bintang Ae/Be Herbig

Bintang Herbig Ae/Be (HAeBe) ialah bintang jujukan pra-utama – bintang muda (<10 Mthn) jenis spektrum A atau B. Bintang ini masih tertanam dalam sampul debu gas dan kadangkala disertai dengan cakera membulat. [1] Garis pancaran hidrogen dan kalsium dapat diperhatikan dalam spektrumnya. Ia sejenis objek dengan 2-8 jisim suria (M), masih wujud dalam peringkat pembentukan bintang (penguncupan graviti) dan menghampiri jujukan utama (iaitu mereka masih belum membakar hidrogen di tengahnya).

  1. ^ V. Mannings & A. Sargent (2000) High-resolution studies of gas and dust around young intermediate-mass stars: II. observations of an additional sample of Herbig Ae/Be systems. Astrophysical Journal, vol. 529, p. 391

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search