Bir

Bir dituangkan terus daripada tong kayu di Jerman

Bir adalah minuman beralkohol tertua di dunia[1] dan paling meluas diminum[2] serta minuman ketiga paling disukai keseluruhan selepas air dan teh.[3] Ia dihasilkan dengan mendidih dan menapai kanji, kebanyakan kanji mentah ini lazim diperolehi dari bijirinbarli malt paling umum namun gandum, jagung, dan beras juga digunakan secara meluas.

Kebanyakan bir mendapat perisanya tersendiri daripada penambahan sejenis bahan tumbuhan khusus iaitu hop yang menambah kepahitan serta berperanan sebagai pengawet semula jadi, perisa lain seperti herba atau buah mungkin sekali-sekala digunakan. Minuman beralkohol yang menyuling selepas penapaian atau ditapai daripada sumber tidak berkanji seperti jus anggur (wain) atau madu (wain madu) tidak dikelas sebagai bir.

  1. ^ Arnold, John P. Origin and History of Beer and Brewing: From Prehistoric Times to the Beginning of Brewing Science and Technology. ISBN 0966208412.
  2. ^ "Volume of World Beer Production". European Beer Guide. Dicapai pada 2006-10-17.
  3. ^ The Barbarian's Beverage: A History of Beer in Ancient Europe.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search