Blog

Untuk maklumat mengenai tahap boleh percaya sesebuah blog perseorangan sebagai rujukan yang diterima dalam Wikipedia Bahasa Melayu, sila lihat dalam Wikipedia Bahasa Inggeris.

Blog (kata lakur Inggeris web log "catatan sesawang"[1]) ialah sebuah laman sesawang yang berisi penulisan menurut masa dan disimpan terbalik. Dianggarkan pada tahun 2022 sebnayak lebih 600 juta laman blog awam didapati daripada lebih 9 billion laman sesawang.[2]

Kandungan sesebuah blog memberikan ulasan atau berita dihantar kerap mengenai sesuatu tajuk, umpamanya makanan, politik, atau berita tempatan, dengan sesetengah blog berperanan lebih sebagai catatan peribadi dalam talian. Blog yang tipikal menggabungkan teks, imej dan pautan kepada laman sewahana mahupun luar, dan media lain yang berkaitan dengan topiknya. Keupayaan para pembaca untuk meninggalkan ulasan mereka dalam format interaktif merupakan ciri yang utama untuk banyak blog. Kebanyakan blog umumnya adalah blog teks, walaupun sesetengahnya bertumpu pada gambar foto, muzik, atau penceritaan lisan baik audio (audio siar) mahupun video (vlog atau video siar), dan merupakan sebahagian rangkaian media sosial yang lebih luas. Bahkan, tulisan yang dihantar pada perkhidmatan media sosial seperti Facebook boleh dikira termasuk kriteria blog.

  1. ^ Sullivan, Andrew. "Why I Blog". The Atlantic. No. Nov 2008. The word blog is a conflation of two words: Web and log. It contains in its four letters a concise and accurate self-description: it is a log of thoughts and writing posted publicly on the World Wide Web... A ship’s log owes its name to a small wooden board, often weighted with lead, that was for centuries attached to a line and thrown over the stern. The weight of the log would keep it in the same place in the water, like a provisional anchor, while the ship moved away. By measuring the length of line used up in a set period of time, mariners could calculate the speed of their journey (the rope itself was marked by equidistant “knots” for easy measurement). As a ship’s voyage progressed, the course came to be marked down in a book that was called a log.
  2. ^ Si Quan Ong (2022-02-03). "71 Blogging Statistics for 2022". SEO Blog by Ahrefs (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-12-30.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search