Broken Hill

Broken Hill
New South Wales
Argent Street, jalan utama Broken Hill
Koordinat31°57′24″S 141°28′04″E / 31.95667°S 141.46778°E / -31.95667; 141.46778Koordinat: 31°57′24″S 141°28′04″E / 31.95667°S 141.46778°E / -31.95667; 141.46778
Penduduk17,734 (2018)[1]
Ditubuhkan1883
Poskod2880
Ketinggian315 m (1,033 ka)
Zon masaACST (UTC+9:30)
 • Musim panas (DST)ACDT (UTC+10:30)
Lokasi
  • 837 km (520 mi) Barat Laut Melbourne
  • 511 km (318 mi) Timur Laut Adelaide melalui Laluan Negeri A32
  • 1,143 km (710 mi) Barat Sydney melalui Laluan Negeri A32
Kawasan kerajaan tempatanBandar Broken Hill
KauntiYancowinna
Kawasan pilihan raya negeriBarwon
Kawasan pilihan raya persekutuanParkes[2]
Purata suhu maks Purata suhu min Hujan tahunan
24.2 °C
76 °F
11.9 °C
53 °F
241.8 mm
9.5 in

Broken Hill adalah sebuah bandar perlombongan pedalaman di sebelah barat pedalaman New South Wales, Australia. Ia dekat perbatasan dengan Australia Selatan di persimpangan Lebuh Raya Barrier (A32) dan Lebuh Raya Silver City (B79), di Barrier Range. Bandar ini adalah 315 m (1,033 ka) atas permukaan laut, dengan iklim gurun yang panas, dan hujan rata–rata 235 mm (9 in). Bandar besar terdekat adalah Adelaide iaitu ibu negara Australia Selatan yang lebih dari 500 km (311 bt) ke barat daya dan dihubungkan melalui laluan A32.

Bandar ini terkenal dalam sejarah perlombongan, hubungan industri dan ekonomi Australia setelah penemuan bijih perak menyebabkan pembukaan pelbagai lombong, sehingga menjadikan Broken Hill mendapat pengiktirafan sebagai bandar perlombongan yang makmur hingga tahun 1990–an. Walaupun mengalami keadaan ekonomi yang perlahan hingga akhir 1990–an dan 2000–an, Broken Hill sendiri tersenarai dalam Senarai Warisan Nasional pada tahun 2015 dan kekal sebagai bandar perlombongan paling lama berkhidmat di Australia.

Broken Hill secara sejarahnya dianggap sebagai salah satu bandar pesat di Australia, telah dipanggil sebagai "The Silver City" (Bandar Perak), dan lebih jarang disebut sebagai "Oasis of the West" (Oasis Barat), serta "Capital of the Outback" (Ibu Kota Outback). Walaupun lebih dari 1,100 km (680 bt) sebelah barat Sydney dan dikelilingi oleh separa padang pasir, bandar ini mempunyai pameran taman dan kebun kecil yang terkenal dan menawarkan sejumlah tarikan, seperti Living Desert Sculptures (Seni Arca Gurun Hidup).[3] Bandar ini berpotensi tinggi untuk tenaga solar kerana cahaya matahari siang yang panjang.[4] Loji Suria Broken Hill yang siap dibina pada tahun 2015 adalah salah satu yang terbesar di Hemisfera Selatan.[5]

  1. ^ "3218.0 – Regional Population Growth, Australia, 2017–18: Population Estimates by Significant Urban Area, 2008 to 2018". Australian Bureau of Statistics. Australian Bureau of Statistics. 27 March 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 March 2019. Dicapai pada 22 April 2019. Anggaran jumlah penduduk, 30 Jun 2018.
  2. ^ "Profile of the electoral division of Parkes (NSW)". Australian Electoral Commission. 25 February 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 July 2016. Dicapai pada 12 July 2016.
  3. ^ "Broken Hill". Destination NSW. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 July 2013. Dicapai pada 17 June 2013.
  4. ^ "Broken Hill Solar Plant". AGL. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 April 2016. Dicapai pada 19 April 2016.
  5. ^ "How Broken Hill became a solar power trailblazer". The Sydney Morning Herald. 22 December 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 December 2015. Dicapai pada 19 April 2015.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search