Bukit Kepong

Koordinat: 2°21′N 102°50′E / 2.350°N 102.833°E / 2.350; 102.833

Bukit Kepong

Bukit Kepong adalah sebuah bandar di Daerah Muar, Johor, Malaysia. Ia terletak berhampiran Sungai Muar. Pekan ini terkenal dengan peristiwa Bukit Kepong yang tragik.

Ramai anak muda tempatan yang berhijrah ke kota mencari peluang pekerjaan yang lebih baik. Kebanyakan penduduk pekan adalah peniaga kecil. Sementara kampung berhampiran penduduk banyak yang terlibat dalam aktiviti pertanian. Terutama kelapa sawit, dusun buah-buahan dan getah. Segelintir pula terlibat dalam aktiviti menangkap ikan air tawar iaitu ikan patin, ikan baung dan ikan lais serta udang galah yang boleh didapati dengan amat senang suatu ketika dulu sepanjang Sungai Muar yang mengalir melalui pekan ini. Pada ketika ini hasil udang galah amat berkurangan disebabkan oleh masalah pencemaran sungai oleh kilang-kilang, terutamanya kilang getah. Suatu ketika dahulu Pekan Bukit Kepong amat mudah dinaiki air setiap kali musim hujan.

Pekan-pekan berhampiran dengan Bukit Kepong adalah Lenga, Pagoh, Gombang di selatan. Sementara Labis, Segamat, Chaah disebelah utara. Ada juga penduduk yang terlibat dalam aktiviti menternak ayam.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search