Angkatan Tentera Persekutuan Jerman Bundeswehr | |
---|---|
Diasaskan | 12 November 1955 |
Bentuk kini | 3 Oktober 1990 |
Cabang khidmat | Tentera Darat Jerman Tentera Laut Jerman Tentera Udara Jerman Pasukan Bantuan Bersama Perkhidmatan Perubatan Bersama Pasukan Siber dan Ruang Informasi |
Ibu pejabat | Berlin, Bonn, dan Potsdam |
Kepimpinan | |
Pemerintah Tertinggi | Ketika masa aman: ialah Menteri Pertahanan[1] Selepas pengisytiharan darurat: ialah Canselor Persekutuan[2] |
Menteri Pertahanan | Annegret Kramp-Karrenbauer |
Inspektor Jeneral | Jeneral Eberhard Zorn (Heer) |
Usia masuk tentera | 17 |
Pengerahan | Ya |
Kakitangan aktif | 182,832 (31 Julai 2019) (Kedudukan Ke-27) |
Kakitangan simpanan | 28,250 (2018) |
Kakitangan diatur | 3,187 (14 Oktober 2019) |
Perbelanjaan | |
Bajet | €47.320 billion ($54.113 bilion) (2019)[3] |
Peratusan KDNK | 1.36% (2019) |
Industri | |
Pembekal domestik | Airbus Rheinmetall Howaldtswerke-Deutsche Werft Krauss-Maffei Wegmann Hensoldt MBDA Deutschland GmbH Heckler & Koch Diehl Defence |
Pembekal luar | Kesatuan Eropah Amerika Syarikat |
Eksport tahunan | €6.35 bilion (9M pertama tahun 2019)[4] |
Rencana berkaitan | |
Sejarah | Sejarah ketenteraan Jerman |
Pangkat | Lencana pangkat Bundeswehr Jerman |
Bundeswehr (Jerman bermaksud "Tentera Persekutuan"; listen (bantuan·maklumat)) ialah nama gabungan bagi angkatan tentera Jerman dan pentadbiran awam serta pihak berkuasa perolehannya. Negeri-negeri di Jerman tidak dibenarkan mempunyai angkatan tentera sendiri, semenjak Perlembagaan Jerman menyatakan bahawa hal ehwal pertahanan berada didalam tanggungjawab kerajaan persekutuan.[5]
Bundeswehr telah dibahagikan kepada satu bahagian tentera (angkatan tentera atau Streitkräfte) dan satu bahagian awam berserta pentadbiran angkatan tentera (Wehrverwaltung). Bahagian tentera angkatan pertahanan persekutuan meliputi Heer (Tentera darat), Marine (Tentera laut), Luftwaffe (Tentera udara), cabang-cabang Streitkräftebasis (Pasukan Bantuan Bersama), dan Zentraler Sanitätsdienst (Perkhidmatan Perubatan Bersama).
Menjelang 31 Julai 2015, Bundeswehr mempunyai kekuatan lebih kurang 180,000 anggota,[6] meletakkannya dikalangan 30 angkatan tentera terbesar dunia dan meletakkannya tempat kedua terbesar dalam Kesatuan Eropah dibelakang Perancis dari segi keanggotaan.[6] Sebagai tambahan Bundeswehr mempunyai kira-kira 40,000 anggota simpanan (2014).[7] Dengan perbelanjaan ketenteraan Jerman dianggarkan $46.5 bilion (SIPRI, 2014), Bundeswehr adalah diantara sepuluh tentera terbaik dibiayai di dunia, walaupun dari segi bahagian KDNK Jerman, perbelanjaan ketenteraan kekal pada purata 1.2% dan dibawah cadangan NATO sebanyak 2%.[8]
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama NATO
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama IISS
© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search