C-130 Hercules

C-130 Hercules

C-130 Hercules Tentera Udara Amerika Syarikat
Penerangan
Fungsi Pesawat pengangkut pelbagai guna
Anak kapal 4-6
Penerbangan pertama 23 Ogos 1954
Mula berkhidmat Disember 1956
Pengeluar Lockheed
Dimensi
Panjang 97 kaki 9 in 29.79 m
Lebar sayap 132 kaki 7 in 40.41 m
Tinggi 38 kaki 10 in 11.9 m
Luas sayap 1,745 kaki² 162.12 m²
Dimensi ruang kargo kaki³
Berat
Kosong 72,892 lb 33,063 kg
Penuh 155,000 lb 70,310 kg
Maksimum berlepas 175,000 lb 79,380 kg
Muatan
Powerplant
Engin 4 Allison T56 turboprop (model A-H)
4 Rolls Royce AE2100 turboprop
Kuasa 4 x 4,910 hp 4 x 3,600 kW
Performance
Laju maksimum 386 bsj 621 km/j
Jarak tempur 2,490 batu 4,000 km
Jarak ulang alik 4,605 batu 7,410 km
Had ketinggian 23,000 kaki 7,010 m
Kadar mendaki 1,900 kaki/min 580 m/min
Muatan sayap lb/kaki² kg/m²
Tujahan/berat
Kuasa/jisim hp/lb kW/kg
Avionik
Avionik

Pesawat udara turboprop empat enjin Lockheed C-130 Hercules, merupakan pesawat pengangkutan taktikal utama bagi tentera udara Amerika Syarikat. Hercules berupaya untuk mendarat dan berlepas dari lapangan terbang tanah yang pendek dan kasar, Lockheed C-130 Hercules merupakan pengangkut penumpang dan kargo dan digunakan dalan pelbagai peranan, seperti pesawat pembedil ( gunships ), pemerhati cuaca, tangki udara, pesawat bomba udara dan ambulan udara. Terdapat lebih 40 versi Hercules, dan ia digunakan secara meluas oleh lebih 50 negara termasuk Malaysia. Malaysia merupakan negara yang memperolehi pesawat berkenaan bagi kegunaan Tentera Udara Diraja Malaysia. TUDM menggunakan pesawat ini bagi tugas unit payung terjun angkatan tentera, rondaan udara, maritim serta turut melaksanakan penerbangan ehsan disamping memberi tumpangan khas kepada unit-unit penguatkuasa awam seperti Polis Diraja Malaysia bagi tujuan latihan payung terjun unit elit Pasukan Gerakan Khas.

Pesawat tangki KC-130 dilengkapkan dengan tangki bahan api besi tahan karat ( stainless steel ) boleh alih bersaiz 13,626 Liter (3600 galen) yang di bawa dalam ruang kargo membekalkan bahan api tambahan apabila diperlukan. Dua pod pengisian bahanapi di udara drogue dan hos diletakkan di sayap setiap satunya mampu membekalkan sehingga 1,135 Liter (300 galen) seminit kepada dua pesawat serentak membenarkan bilangan kitaran pantas bagi formasi empat pesawat (dalam tempoh kurang dari 30 minute).

C-130 dijangkakan akan diganti dengan projek Pengangkutan STOL Maju Sederhana ( Advanced Medium STOL Transport )AMST USAF. Bagaimanapun, dengan pembatalan AMST, C-130 kekal dalam perkhidmatan. Pada masa kini model keluaran tunggal adalah C-130J baru.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search