Casablanca

Casablanca
  • الدَّار الْبَيْضَاء (Arab)
  • ⵜⴰⴷⴷⴰⵔⵜ ⵜⵓⵎⵍⵉⵍⵜ (bahasa-bahasa Barbar)
Pusat Berkembar
Dataran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Taman Liga Arab
Istana Diraja Casablanca
Katedral Casablanca
Bendera Casablanca
Mohor rasmi Casablanca
Logo rasmi Casablanca
Nama panggilan: Casa
Casablanca is located in Bumi
Casablanca
Casablanca (Bumi)
Koordinat: 33°32′N 7°35′W / 33.533°N 7.583°W / 33.533; -7.583
Negara Maghribi
KawasanCasablanca-Settat
Mula diselesaikanabad ke-7 SM
Dibina semula1756
Diasaskan olehMohammed III
Pentadbiran
 • Datuk BandarNabila Rmili
Keluasan
 • Bandar Raya220 km2 (80 batu persegi)
 • Metro
20,166 km2 (7,786 batu persegi)
Aras
0 hingga 150 m (0 hingga 492 ft)
Penduduk
 (2014)[2]
 • Bandar Raya3,359,818
 • PemeringkatanPertama di Maghribi
 • Metro
4,270,750[1]
DemonimBaydawi atau Bidawi
Zon waktuUTC+1 (CET)
Poskod
20000-20200
Laman sesawangwww.casablancacity.ma

Casablanca atau Dar al-Baidak (Arab: الدَّار الْبَيْضَاء, rumi: ad-Dār al-Baydhāʾ, [adˈdaːru ɫbajdˤaːʔ], Bahasa Barbar: ⴰⵏⴼⴰ, translit.: anfa) ialah bandar raya terbesar di Maghribi terletak di dataran pantai Chaouia pesisir lautan Atlantik bahagian tengah baratnya. Bandar raya ini berpendudukan kira-kira 3.71 juta orang di kawasan bandar, dan lebih 4.27 juta orang di Casablanca Raya menjadikannya bandar raya paling ramai penduduk di kawasan Maghreb, dan kelapan terbesar dalam dunia Arab. Casablanca boleh dianggap sebagai pusat perniagaan dan ekonomi Maghribi menyampingi peranan Rabat sebagai kota pusat pemerintahan dan politik negara tersebut. Syarikat-syarikat utama Maghribi dan banyak perbadanan antarabangsa mengadakan kegiatan perniagaan mereka di negara ini mempunyai ibu pejabat dan prasarana industri utama di Casablanca. Bancian perindustrian terkini menunjukkan Casablanca memegang kedudukannya tersendiri sebagai zon perindustrian utama dalam negara. Casablanca ialah pelabuhan utama Maghribi, dengan Pelabuhan Casablanca menjadi satu daripada pelabuhan buatan terbesar di dunia,[3] dan kedua terbesar di Afrika Utara.[4] Casablanca juga menempatkan pangkalan laut utama bagi Tentera Laut Diraja Maghribi.

  1. ^ "HCP : Le Grand Casablanca compte 4.270.750 habitants". aujourdhui.ma (dalam bahasa Perancis). 5 Mei 2015. Dicapai pada 25 April 2020.
  2. ^ "POPULATION LÉGALE DES RÉGIONS, PROVINCES, PRÉFECTURES, MUNICIPALITÉS, ARRONDISSEMENTS ET COMMUNES DU ROYAUME D'APRÈS LES RÉSULTATS DU RGPH 2014" (dalam bahasa Arab dan Perancis). High Commission for Planning, Morocco. 8 April 2015. Dicapai pada 29 September 2017.
  3. ^ Kjeilen, Tore (April 2020). "Casablanca - LookLex Encyclopaedia". looklex.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Disember 2010. Dicapai pada 14 April 2020.
  4. ^ "Discovering Casablanca". Africa-ata.org. Dicapai pada 17 April 2011.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search