China

Republik Rakyat China
ريڤوبليک رعيت چينا
中华人民共和国[a]
Zhōnghuá Rénmín Gònghéguó
Bendera China
Jata China
Bendera Jata
Lagu kebangsaanBarisan Para Sukarelawan
《义勇军进行曲》
Wilayah kuasaan berwarna hijau gelap; Wilayah tuntutan yang tidak dikuasai berwarna hijau muda.
Wilayah kuasaan berwarna hijau gelap;
Wilayah tuntutan yang tidak dikuasai berwarna hijau muda.
Ibu negaraBeijing (北京)
Bandar terbesarShanghai (上海)
Bahasa rasmiMandarin Baku (de facto)[1]
Bahasa umum
yang diakui
Rujuk Bahasa di China
Tulisan rasmiTulisan Cina Ringkas[1]
Kumpulan etnik
92% Han; 55 kaum minoriti teriktiraf
DemonimCina
KerajaanMarxisme-Leninisme satu parti sosialis[2][3]
[b]
Xi Jinping (习近平 ; 習近平)
Li Qiang (李強 ; 李强)
Badan perundanganKongres Rakyat Kebangsaan
Penubuhan
• RRC diisytiharkan
1 Oktober 1949
Keluasan
• Jumlah
9,640,821 km2 (3,722,342 bt2)[c] or 9,671,018 km2[c] (ke-3/ke-4)
• Perairan (%)
2.8[d]
Populasi
• Perkiraan 2010
1,338,612,968[4] (pertama)
• Bancian Penduduk 2000
1,242,612,226
139.6/km2 (361.6/sq mi) (ke-53)
KDNK (PPP)2016
• Jumlah
$21.4 trilion (ke-1)
$15,399 (ke-78)
KDNK (nominal)2016
•  Jumlah
$11.2 trilion (ke-2)
$8123 (ke-71)
Gini (2007)47.0[5]
tinggi
HDI (2007) 0.772[6]
tinggi · ke-91
Mata wangYuan China (¥)
(CNY)
Zon waktuUTC+8 (Waktu Piawai China)
Format tarikhyyyy-mm-dd
or yyyymd
(CE; CE-1949)
Arah memandukanan, kecuali Hong Kong & Makau
Kod panggilan86 [d]
Kod ISO 3166CN
DPT internet.cn[d]
a.   Lihat juga Nama-nama China.

b.   Ringkasan pencirian struktur politik sejak 1980-an tidak dapat dilakukan.[7]

c.   9,598,086 km2 kecuali semua wilayah pertikaian.
9,640,821 km2 Termasuk kawasan tadbiran RRC (Aksai Chin dan Kawasan Rentas Karakoram yang dituntut oleh India), tidak termasuk Taiwan.[8]

d.   Maklumat untuk tanah besar China sahaja, tanpa merangkumi Hong Kong, Makau dan wilayah tadbiran Republik China (Taiwan).
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "longm"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "longEW"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "longd"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "latm"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "latNS"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "HDI_category"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "area_magnitude"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "latd"
Republik Rakyat China
Tulisan Cina Ringkas
Tulisan Cina Tradisional

China (Cina: 中国), lebih dikenali dengan nama sebenar Republik Rakyat China (RRC, Cina: 中华人民共和国), ialah sebuah negara di Asia Timur yang merupakan negara paling ramai penduduknya di dunia dengan diduduki lebih 1,300 juta orang, iaitu kira-kira satu perlima manusia di bumi. China diperintah oleh Parti Komunis China di bawah sistem satu parti,[9] dan berbidang kuasa di 22 wilayah (provinsi), lima kawasan berautonomi, empat perbandaran tadbiran langsung (Beijing, Tianjin, Shanghai, dan Chongqing), dan dua kawasan pentadbiran khas yang berautonomi tinggi[10] (Hong Kong dan Makau). Ibu negara RRC ialah Beijing.[11]

Pada keluasan kira-kira 9.6 juta kilometer persegi (3.7 juta batu persegi), RRC ialah negara ketiga atau keempat terluas di dunia dari segi keluasan keseluruhan,[12] dan negara kedua terbesar dari segi keluasan daratan.[13] Lanskapnya dipelbagaikan dari tanah hutan steppe dan gurun (Gobi dan Taklamakan) di bahagian utara yang kering bersebelahan dengan Mongolia dan Siberia di Rusia, hingga ke hutan-hutan subtropika di bahagian selatan yang lembap bersebelahan dengan negara-negara Vietnam, Laos, dan Myanmar. Rupa bumi di bahagian baratnya tinggi dan berceranggah, dengan banjaran-banjaran Himalaya dan Tian Shan yang membentuk sempadan semula jadi China dengan India dan Asia Tengah, berbeza sekali dengan pinggiran laut timur tanah besar China yang bertanah dan digarisi pantai sepanjang 14,500 kilometer (9,010 bt) di tepi Laut China Selatan di tenggara dan Laut China Timur di timur yang juga terletaknya Taiwan, Korea, dan Jepun.

Tamadun Cina purba—antara tamadun-tamadun terawal di dunia—menjadi makmur di lembangan subur Sungai Kuning yang mengalir merentasi Dataran China Utara.[14] Selama lebih 4,000 tahun, sistem politik China berasaskan sistem raja turun-temurun (juga dikenali sebagai dinasti). Dinasti pertamanya ialah Xia (kira-kira 2000 SM), tetapi pada zaman Dinasti Qin barulah lahirnya negara China yang bersatu pada 221 SM. Dinasti terakhir, iaitu Dinasti Qing, berakhir pada tahun 1911 dengan penubuhan Republik China (ROC) oleh pejuang nasionalis Kuomintang (KMT). Separuh pertama abad ke-20 menyaksikan China dalam kancah pecah belah dan perang saudara yang membahagikan negara kepada dua paksi politik, iaitu Kuomintang dan komunis. Pada 1949, pertempuran besar-besaran berakhir dengan kemenangan dalam perang saudara oleh pihak komunis mengasaskan Republik Rakyat China di tanah besar China. Kerajaan Republik China pimpinan Kuomintang berundur ke Taipei, dengan bidang kuasanya kini terhad kepada Taiwan dan beberapa pulau terpencil. Semenjak itu, RRC sentiasa berbalah dengan RC mengenai perihal kedaulatan dan taraf politik Taiwan.

Sejak pembaharuan ekonomi berasaskan pasaran diperkenalkan pada tahun 1978, China telah menjadi sebuah ekonomi utama yang paling cepat bertumbuh di dunia,[15] pengeksport terbesar dan pengimport kedua terbesar untuk segala barang dagangan. Pengindustrian pesat telah membenamkan kadar kemiskinannya dari 53% pada tahun 1981 kepada 8% pada tahun 2001.[16] Namun demikian, RRC kini berdepan dengan sebilangan masalah lain termasuk kependudukan yang semakin berusia kesan dasar anak tunggal,[17] jurang pendapatan yang makin besar antara penduduk bandar dan luar bandar, dan pencemaran alam sekitar.[18][19] Lebih-lebih lagi, China turut dikecam atas pencabulan hak asasi manusia oleh kerajaan-kerajaan negara lain mahupun pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO),[20] di samping sering kali mengganggu kebebasan akhbar.[21]

China ialah sebuah kuasa utama, ekonomi kedua terbesar di dunia secara nominal (atau terbesar di dunia mengikut pariti kuasa beli) dan ahli tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, di samping menganggotai pertubuhan-pertubuhan berbilang pihak termasuk WTO, APEC, G-20 dan Pertubuhan Kerjasama Shanghai. China ialah sebuah negara bersenjata nuklear yang teriktiraf dan juga bala tentera tetap terbesar di dunia dengan belanjawan pertahanan kedua termahal. China disifatkan berpotensi menjadi kuasa terbesar oleh sesetengah ahli akademik,[22] serta para penganalisa ketenteraan,[23] dasar awam dan ekonomi.[24]

  1. ^ a b "Law of the People's Republic of China on the Standard Spoken and Written Chinese Language (Order of the President No.37)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-07-24. Dicapai pada 2019-12-23.
  2. ^ "CIA - The World Factbook -- China". The World Factbook. Central Intelligence Agency. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-10-11. Dicapai pada 2010-03-15. Government type: Communist state
  3. ^ Bureau of East Asian and Pacific Affairs (October 2009). "China (10/09)". Background Notes. United States Department of State. Dicapai pada 2010-03-15. Government Type: Communist party-led state.
  4. ^ (2009). "China – People". https://www.cia.gov.++Dicapai pada 2010-01-01. Diarkibkan 2016-10-11 di Wayback Machine
  5. ^ [CIA World Factbook] Diarkibkan 2014-06-25 di Wayback Machine kedudukan Gini
  6. ^ [Human Development Report 2009]. PBB. Diterima pada 5 Oktober 2009
  7. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama notsimple
  8. ^ "GDP expands 11.4 percent, fastest in 13 years". Chinadaily.net. 2008-01-24. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-07-09. Dicapai pada 2009-06-15.
  9. ^ Walton, Greg (2001). "Executive Summary". China's golden shield: Corporations and the development of surveillance technology in the People's Republic of China. Rights & Democracy. m/s. 5. ISBN 9782922084429. Dicapai pada 2009-08-29. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  10. ^ "Sino-British Joint Declaration". Dicapai pada 2008-09-08.
  11. ^ "Constitution of the People's Republic of China". People's Daily Online. Dicapai pada 2009-11-23. Article 138. The capital of the People's Republic of China is Beijing.
  12. ^ Kedudukan RRC dan Amerika Syarikat menjadi pertikaian kerana melibatkan kawasan Aksai Chin dan Rentas Karakoram yang dituntut oleh India sebagai penentu bezanya. Lihat Senarai negara mengikut keluasan untuk maklumat lanjut.
  13. ^ Countries of the world ordered by land area
  14. ^ "Rivers and Lakes". China.org.cn. Dicapai pada 2009-06-15.
  15. ^ "Country profile: China". BBC News. 2009-07-01. Dicapai pada 2009-07-14.
  16. ^ Fighting Poverty: Findings and Lessons from China’s Success Diarkibkan 2013-09-22 di Wayback Machine (World Bank). Diterima pada 10 Ogos 2006.
  17. ^ Jim Landers, China's rapidly aging population may strain its economy, 2008-08-11. Accessed 2008-10-15.
  18. ^ Beijing’s Olympic Quest: Turn Smoggy Sky Blue – New York Times
  19. ^ "Asia-Pacific | China fails environment targets". BBC News. 2007-01-10. Dicapai pada 2009-06-15.
  20. ^ "China Human Rights". Amnestyusa.org. 2008-04-01. Dicapai pada 2009-07-14.
  21. ^ "Reporters Sans Frontières". Rsf.org. 2009-04-30. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-07-06. Dicapai pada 2009-07-14.
  22. ^ Muldavin, Joshua (2006-02-09). "From Rural Transformation to Global Integration: The Environmental and Social Impacts of China's Rise to Superpower". Carnegie Endowment for International Peace. Dicapai pada 2010-01-17.
  23. ^ (Lt Colonel, USAF) Uckert, Merri B. (April 1995). "China as an Economic and Military Superpower: A Dangerous Combination?" (PDF). Maxwell Air Force Base, Alabama: Air War College, Air University: 33. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2013-01-15. Dicapai pada 2019-12-23. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  24. ^ Bergsten, C. Fred; Gill, Bates; Lardy, Nicholas R.; Mitchell, Derek (2006-04-17). China: The Balance Sheet: What the World Needs to Know about the Emerging Superpower (ed. Illustrated Hardcover). PublicAffairs. m/s. 224. ISBN 9781586484644.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search