Ctenophora

Ampai bulat
Julat zaman:
"Ctenophorae" dari Kunstformen der Natur oleh Ernst Haeckel, 1904
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Subalam: Eumetazoa
Filum: Ctenophora
Eschscholtz, 1829
Spesies jenis
Mnemiopsis leidyi[6]
Kelas

Ctenofor (ctenophore) ialah filum haiwan invertebrata yang hidup di perairan laut di seluruh dunia, yang turut disebut ampai bulat atau ubur-ubur sikat.[7][8] Makhluk ini terkenal dengan jalur-jalur siliumnya yang digunakan untuk berenang (yang sering disebut "sikat"), dan merupakan haiwan terbesar yang berenang dengan bantuan silium.

Ctenofor dewasa berkisar antara beberapa milimeter hingga 1.5 meter, bergantung pada spesies. Hanya 100 hingga 150 spesies yang telah disahkan, dan mungkin ada 25 spesies lagi belum dihuraikan dan dinamakan sepenuhnya. Contoh umum makhluk ctenofor adalah cydippida dengan badan berbentuk telur dan sepasang sesungut boleh sentut yang berumbai dengan tentilla ("sesungut kecil") yang disaluti oleh koloblas iaitu sel melekit yang menangkap mangsa.

Tubuhnya terdiri daripada gumpalan agar-agar dengan lapisan setebal dua sel di luar, dan yang lain melapisi rongga dalam. Filum ini mempunyai pelbagai bentuk tubuh, termasuk cydippida berbentuk telur dengan sesungut boleh sentut, platyctenida yang rata tanpa sisir, dan beroida bermulut besar yang memburu ctenofor lain.

Hampir semua ctenofor berfungsi sebagai pemangsa yang menangkap mangsa dari sekecil larva dan rotifer mikroskopik hingga sebesar krustasea kecil dewasa; kecuali bagi dua spesies muda yang hidup menjadi parasit pada salpa, yang akan dimakan oleh spesies dewasanya.

Walaupun badannya lembut dan lembik bak agar-agar, terdapat fosil yang dipercayai datang dari ctenofor dijumpai dalam endapan lagerstätten dari awal Kambria sekitar 525 juta tahun yang lalu. Kedudukan ctenofor dalam "pohon kehidupan" telah lama diperdebatkan dalam kajian filogenetik molekul. Ahli biologi mencadangkan bahawa ctenofor merupakan cabang keturunan haiwan kedua terawal, dengan span sebagai kumpulan sebaya bagi semua haiwan multisel yang lain.[9] Ahli biologi lain menegaskan yang ctenofor muncul lebih awal daripada span yang sudah muncul sebelum perpecahan antara cnidaria dan bilateria.[10][11] Namun, analisis semula data menunjukkan bahawa algoritma komputer yang digunakan untuk analisis disesatkan oleh adanya gen-gen ctenofor tertentu yang berbeza dengan spesies lain.[12][13] Kajian filogenetik molekul menunjukkan bahawa leluhur ctenofor moden adalah makhluk seakan cydippida yang turun daripada pelbagai cydippida setelah peristiwa kepupusan Kapur-Paleogen 66 juta tahun yang lalu.

Ampai bulat bertompok
  1. ^ Chen, Jun-Yuan; Schopf, J. William; Bottjer, David J.; Zhang, Chen-Yu; Kudryavtsev, Anatoliy B.; Tripathi, Abhishek B.; Wang, Xiu-Qiang; Yang, Yong-Hua; Gao, Xiang; Yang, Ying (April 2007). "Raman spectra of a Lower Cambrian ctenophore embryo from southwestern Shaanxi, China". Proceedings of the National Academy of Sciences of the United States of America. 104 (15): 6289–6292. Bibcode:2007PNAS..104.6289C. doi:10.1073/pnas.0701246104. PMC 1847456. PMID 17404242.
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Tang2011
  3. ^ Stanley, G. D.; Stürmer, W. (9 June 1983). "The first fossil ctenophore from the Lower Devonian of West Germany". Nature. 303 (5917): 518–520. Bibcode:1983Natur.303..518S. doi:10.1038/303518a0. S2CID 4259485.
  4. ^ Conway Morris, S.; Collins, D. H. (29 March 1996). "Middle Cambrian Ctenophores from the Stephen Formation, British Columbia, Canada". Philosophical Transactions of the Royal Society B: Biological Sciences. 351 (1337): 279–308. doi:10.1098/rstb.1996.0024.
  5. ^ Shu, Degan; Zhang, Zhifei; Zhang, Fang; Sun, Ge; Han, Jian; Xiao, Shuhai; Ou, Qiang (July 2015). "A vanished history of skeletonization in Cambrian comb jellies". Science Advances. 1 (6): e1500092. Bibcode:2015SciA....1E0092O. doi:10.1126/sciadv.1500092. PMC 4646772. PMID 26601209.
  6. ^ Ryan, J. F.; Pang, K.; Schnitzler, C. E.; Nguyen, A.-D.; Moreland, R. T.; Simmons, D. K.; Koch, B. J.; Francis, W. R.; Havlak, P. (2013-12-13). "The Genome of the Ctenophore Mnemiopsis leidyi and Its Implications for Cell Type Evolution". Science (dalam bahasa Inggeris). 342 (6164): 1242592. doi:10.1126/science.1242592. ISSN 0036-8075. PMC 3920664. PMID 24337300.
  7. ^ "comb jelly". Istilah Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. 2022-07-16.
  8. ^ "comb jellies". Istilah Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. 2022-07-16.
  9. ^ Simion, Paul; Philippe, Hervé; Baurain, Denis; Jager, Muriel; Richter, Daniel J.; DiFranco, Arnaud; Roure, Béatrice; Satoh, Nori; Quéinnec, Éric (2017). "A Large and Consistent Phylogenomic Dataset Supports Sponges as the Sister Group to All Other Animals". Current Biology. 27 (7): 958–967. doi:10.1016/j.cub.2017.02.031. PMID 28318975.
  10. ^ Dunn, Casey W.; Hejnol, Andreas; Matus, David Q.; Pang, Kevin; Browne, William E.; Smith, Stephen A.; Seaver, Elaine; Rouse, Greg W.; Obst, Matthias (2008). "Broad phylogenomic sampling improves resolution of the animal tree of life". Nature. 452 (7188): 745–749. Bibcode:2008Natur.452..745D. doi:10.1038/nature06614. PMID 18322464.
  11. ^ Baxevanis, Andreas D.; Martindale, Mark Q.; Mullikin, James C.; Wolfsberg, Tyra G.; Dunn, Casey W.; Haddock, Steven H. D.; Putnam, Nicholas H.; Smith, Stephen A.; Havlak, Paul (2013-12-13). "The Genome of the Ctenophore Mnemiopsis leidyi and its Implications for Cell Type Evolution". Science. 342 (6164): 1242592. doi:10.1126/science.1242592. PMC 3920664. PMID 24337300.
  12. ^ Pisani, Davide; Pett, Walker; Dohrmann, Martin; Feuda, Roberto; Rota-Stabelli, Omar; Philippe, Hervé; Lartillot, Nicolas; Wörheide, Gert (2015). "Genomic data do not support comb jellies as the sister group to all other animals". Proceedings of the National Academy of Sciences. 112 (50): 15402–15407. Bibcode:2015PNAS..11215402P. doi:10.1073/pnas.1518127112. PMC 4687580. PMID 26621703.
  13. ^ Berwald, Juli (2017). Spineless: the science of jellyfish and the art of growing a backbone. Riverhead Books.[halaman diperlukan]

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search