Cuti umum di Malaysia

Terdapat dua jenis hari perayaan ataupun cuti umum di Malaysia, di peringkat kebangsaan dan peringkat negeri. Cuti umum kebangsaan dipatuhi oleh semua badan kerajaan dan kebanyakan pertubuhan swasta, manakala cuti umum negeri hanya dipatuhi di negeri-negeri terbabit.

Selain itu, secara amnya, cuti hujung minggu ialah pada hari Sabtu dan Ahad. Tetapi di Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu cuti hujung minggu ialah pada hari Jumaat dan Sabtu. [1] Cuti hujung minggu Johor pada hari Jumaat dan Sabtu telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2014.[2]

     Negeri dengan cuti Jumaat dan Sabtu
     Negeri dengan cuti Sabtu dan Ahad
  1. ^ "Working Hours In Malaysia". Streetdirectory.com.my. Dicapai pada 1 November 2011.
  2. ^ Christina Tan (23 November 2013). "Cuti Hujung Minggu Ditukar Kepada Jumaat & Sabtu Berkuatkuasa 1 Januari - Sultan Johor". mStar Online. Dicapai pada 25 November 2013.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search