Dante Alighieri

Dante Alighieri
head-and-chest side portrait of Dante in red and white coat and cowl
Potret tempera anumerta
karya Sandro Botticelli, 1495
Lahirs. 1265
Firenze, Republik Firenze
Meninggal dunia13-14 September 1321
(aged around 56)
Ravenna, Negeri-Negeri Kepausan
PekerjaanNegarawan, penyajak, pakar teori bahasa dan politik
Bahasabahasa Itali
WarganegaraItali
TempohZaman Pertengahan Lewat
Pergerakan sasteraDolce Stil Novo
Karya terkenalDivina Commedia
Dante Alighieri dan Beatrice Portinari di taman, 1903, karya gaya pra-Raphaelite oleh Cesare Saccaggi da Tortona.
Dante Alighieri dan Beatrice Portinari di taman, 1903, karya gaya pra-Raphaelite oleh Cesare Saccaggi da Tortona.

Durante degli Alighieri atau lebih dikenali sebagai Dante Alighieri, (k.k. 1 Jun 1265 – 14 September 1321) ialah seorang pemuisi Itali dari Firenze. Beliau terkenal kerana mengarang puisi naratif bertemakan agama iaitu La Divina Commedia.

Karangan puisi tersebut yang merupakan mahakarya beliau banyak memainkan peranan sebagai pelopor suatu budaya kesusasteraan yang unik kepada rantau Itali lagi-lagi dengan pengunaan bahasa penulisannya yang dijadikan asas kepada piawai bahasa Itali moden digunapakai sehingga kini; sumbangan ini juga telah menjadikan beliau mendapat jolokan sebagai "bapa" bahasa Itali[1] serta juga sebagai seorang "Penyajak Teragung" (il Sommo Poeta) Karya ini juga telah dianggap sebagai kesusasteraan teragung yang dihasilkan di Eropah semasa Zaman Pertengahan lagi-lagi kepada pengilhaman karya seni[2][3] sehingga menjadi sanjungan dan ikutan segelintir penulis di luar Itali seperti John Milton, Geoffrey Chaucer dan Alfred Tennyson.

Persatuan Dante Alighieri yang diasaskan di Itali pada tahun 1889 meneruskan mempromosikan budaya dan bahasa Itali di seluruh dunia melalui nama beliau.

  1. ^ Barański, Zygmunt G.; Gilson, Simon, penyunting (2018). The Cambridge Companion to Dante's ‘Commedia'. Cambridge University Press. m/s. 108. ISBN 9781108421294.
  2. ^ Haller, Elizabeth K. (2012). "Dante Alighieri". Dalam Matheson, Lister M. (penyunting). Icons of the Middle Ages: Rulers, Writers, Rebels, and Saints. 1. Santa Barbara, CA: Greenwood. m/s. 244. ISBN 978-0-313-34080-2.
  3. ^ A., Murray, Charles (2003). Human accomplishment: the pursuit of excellence in the arts and sciences, 800 B.C. to 1950 (ed. 1st). New York: HarperCollins. ISBN 978-0-06-019247-1. OCLC 52047270.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search