Dewan Undangan Negeri Sabah

Dewan Undangan Negeri Sabah
Lamin Koundangan Pogun Sabah
Sabah State Legislative Assembly
Jata
Lencana Dewan Undangan Negeri Sabah
Dewan ke-16
Jenis
Jenis
Satu dewan
Sejarah
Diasaskan25 September 1963
Kepimpinan
Yang di-Pertua Negeri
Juhar Mahiruddin
sejak 1 Januari 2011
Speaker
Datuk Haji Kadzim Haji M. Yahya
sejak 8 Oktober 2020
Timbalan Speaker
Ahmad Abdul Rahman
sejak 7 Jun 2018
Timbalan Speaker
George Anthony Ginibun
sejak 26 Jun 2018
Ketua Pembangkang
Setiausaha
Rafidah binti Maqbool Rahman
Timbalan Setiausaha
Mohd Jayreh bin Jaya
Struktur
Ahli73 dipilih dan maksimum 6 adun dilantik
{{{Struktur1}}}
Kumpulan politik
(Setakat 25 Mei 2023)

Kerajaan (54):

Keyakinan dan pembekalan (12):

Pembangkang (23):
     WARISAN+ (23)

Jawatankuasa
  • Jawatankuasa Tetap
  • Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam
  • Jawatankuasa Hak dan Kebebasan
[1]
Pilihan raya
Sistem pengundian
Pilihan raya terakhir
26 September 2020
Tempat persidangan
Bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah, Likas, Kota Kinabalu
www.sabah.gov.my/dun
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Dewan Undangan Negeri Sabah (bahasa Kadazandusun: Lamin Koundangan Pogun Sabah) merupakan sebahagian badan perundangan Sabah, Malaysia, yang lain ialah Yang di-Pertua Negeri Sabah. Dewan ini bermesyuarat di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah di Likas di ibu negeri Kota Kinabalu.

Badan perundangan satu kamar ini kini mempunyai 60 kerusi mewakili bahagian pilihan raya negeri yang dipilih melalui sistem pilihan raya pemenang undi terbanyak di seluruh negeri.

Seperti di peringkat persekutuan di Malaysia, Sabah menggunakan kerajaan berparlimen gaya Westminster, dalamnya para ahli dipilih ke dalam dewan undangan melalui pilihan raya umum, daripadanya Ketua Menteri dan kabinet dilantik berdasarkan sokongan majoriti. Ketua Menteri ialah ketua kerajaan negeri manakala Yang di-Pertua Negeri bertindak sebagai ketua negeri. Parti terbesar yang tidak membentuk kerajaan negeri dikenali sebagai pembangkang rasmi, pemimpinnya diiktiraf sebagai pemimpin pembangkang oleh speaker.

Para ahli dewan merujuk diri mereka sebagai "Ahli Dewan Undangan Negeri" (ADUN) dan kadangkala sebagai "ahli dewan negeri".

Dewan yang terkini dipilih pada 26 September 2020 merupakan Dewan Undangan Negeri Sabah ke-16. Gabungan Rakyat Sabah yang dianggotai oleh Parti Liberal Demokratik (LDP), Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS), Parti GAGASAN Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR Sabah), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Baru) (USNO Baru) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) telah membentuk sebuah kerajaan negeri pada 26 September 2020.

Dewan ini dibentuk selepas Dewan penggal ke-15 telah dibubarkan pada 30 Julai 2020 oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Juhar Mahiruddin, yang mengakibatkan pilihan raya mengejut diadakan[2].

  1. ^ Standing Orders of the Legislative Assembly of the State of Sabah (PDF). Dicapai pada 26 May 2016. Standing Orders 89, 90 and 91.
  2. ^ "Snap election for Sabah as state assembly dissolved". Free Malaysia Today. 2020-07-30. Dicapai pada 2020-07-30.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search