Diego Garcia

Bendera Diego Garcia
Moto: In tutela nostra Limuria
Bahasa rasmi Inggeris
Ibu negara Diego Garcia
Bandar terbesar Diego Garcia
Komisaris Tony Crombie
Administrator Tony Humphries
Wilayah
 - Total
 - % water
Urutan ke-77 (British)
60 km²
0
- Jumlah Penduduk
Penduduk hanya anggota tentera serta pekerja kakitangan sahaja
Mata wang Pound sterling; Dolar Amerika Syarikat (diterima)
Zon waktu UTC: +6 (DST: ?)
Kemerdekaan Wilayah Luar British
Lagu kebangsaan
Domain internet .io
Kod Panggilan +246 (Diego Garcia)
Keadaan tanah dan anak sungai

Diego Garcia terletak di Lautan Hindi (atau Wilayah Lautan Hindi British; bahasa Inggeris: British Indian Ocean Territory/BIOT) dan terdiri daripada 6 pulau karang atol di kepulauan Chagos dengan sekitar 56 buah pulau kecil di Lautan Hindi. Pulau ini terletak pada koordinat 6° LS, 71°30' BT. Ia merupakan daerah wilayah luar pantai dari British. Diego Garcia adalah pulau terbesar yang terletak di hujung selatan dan merupakan lokasi yang strategik di Lautan Hindia dan juga pengkalan ketenteraan laut Amerika Syarikat atas keizinan British. Luas wilayah tersebut sekitar 60 km².

Pada 18 Mac 2015, Pulau Diego Garcia serta pulau lain di wilayah lautan Hindia British telah dilidungi dibawah akta baru iaitu Chagos Marine Protected Area yang melarang aktiviti pemancingan dilakukan di wilayah yang bersaiz 640,000 kilometer persegi ini.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search