Dogfight

Sebuah F-105D menembak jatuh MiG-17 semasa Perang Vietnam, Jun 1967.

Dogfight, atau pertarungan pesawat, adalah satu pertembungan udara antara pesawat pejuang, dilakukan pada jarak yang dekat. Pertarungan pesawat mula muncul pada Perang Dunia I, sejurus selepas penciptaan kapal terbang. Sehingga tahun 1992, ia adalah satu komponen didalam setiap peperangan utama, walaupun kepercayaan selepas Perang Dunia II menyatakan bahawa penambahan lebih kelajuan dan senjata jarak lebih jauh menjadikan dogfighting ketinggalan zaman.[1] Istilah moden untuk pertarungan udara ke udara ialah gerakan kombat udara atau air combat manoeuvring (ACM), yang merujuk kepada situasi taktikal yang memerlukan penggunaan maneuver asas pejuang individu atau basic fighter maneuvers (BFM) untuk menyerang atau mengelak satu atau lebih lawan. Ini berbeza daripada peperangan udara, yang berurusan dengan strategi yang melibatkan perancangan dan melaksanakan beberapa misi.[2]

  1. ^ Storm Over Iraq: Air Power and the Gulf War By Richard P. Hallion – Smithsonian Institution Press 1992 – Page 1-10
  2. ^ Fighter Combat: Tactics and Maneuvering by Robert Shaw - Pages xi and xii

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search