Donald Trump

Donald Trump
دونلد ترمڤ
Potret rasmi pada tahun 2017
Presiden Amerika Syarikat ke–45
Dalam jawatan
20 Januari 2017 – 20 Januari 2021
Naib PresidenMike Pence
Didahului olehBarack Obama
Digantikan olehJoe Biden
Butiran peribadi
LahirDonald John Trump
(1946-06-14) 14 Jun 1946 (umur 78)
Bandar Raya New York,
New York, AS
Kerakyatan Amerika Syarikat
Parti politikRepublikan
(1987–1999, 2009–2011, 2012–sekarang)
Sekutu gabungan
politik lain
  • Reformasi (1999–2001)
  • Demokrat (2001–2009)
  • Bebas (2011–2012)
Pasangan
Anak-anak
Ibu bapa
Saudara
  • Maryanne Trump (kakak)
  • Frederick Crist Trump Jr. (abang)
  • Elizabeth Joan Trump (kakak)
  • Robert Stewart Trump (adik)
Keluarga
  • Frederick Trump (datuk)
  • Elisabeth Marie Christ (nenek)
  • John Gordon Trump (bapa saudara)
  • Malcolm MacLeod (ayah ibu)
  • Mary Ann Smith (emak ibu)
Hubungan
  • Jared Kushner (menantu)
  • Charles Kushner (besan)
  • Seryl Stadtmauer (besan)
  • Lara Lea Yunaska (menantu)
  • Robert Luke Yunaska (besan)
  • Linda Ann Sykes (besan)
  • Michael Boulos (menantu)
Alma mater
Pekerjaan
PortfolioPemilik dan bekas presiden kepada
The Trump Organization
Tandatangan

Donald John Trump (lahir 14 Jun 1946; Tulisan Jawi: دونلد جوهن ترمڤ) ialah Presiden Amerika Syarikat ke-45 yang berkhidmat dari tahun 2017 hingga tahun 2021. Sebelum beliau menjadi presiden, beliau ialah seorang ahli perniagaan, seorang penulis, seorang bekas pelakon dan personaliti televisyen. Trump juga seorang pemilik dan bekas presiden kepada The Trump Organization. Banyak wang beliau telah dibuat dalam hartanah di Bandar Raya New York, Las Vegas, dan Atlantic City.[1] Beliau pernah memiliki pertandingan ratu Miss Universe.[2] Beliau ialah bintang dalam rancangan realitinya sendiri, The Apprentice.[3]

Pada bulan Jun 2015, Trump mengumumkan bahawa beliau akan bertanding untuk Presiden Amerika Syarikat dalam Pilihan raya Presiden Amerika Syarikat 2016. Pada pertengahan bulan Julai, undian pendapat itu menunjukkan Trump ialah pendahulu dalam Republikan. Perkara ini adalah benar walaupun banyak menerima kritikan daripada parti kerana komen beliau mengenai pendatang tanpa izin, Islam Militan, dan ISIS. Kempen beliau telah mendapat banyak sokongan daripada kebanyakannya keluarga kelas pertengahan. Kempen beliau telah mendapat tentangan daripada Demokrat, Republikan, ahli perniagaan, beberapa pemimpin dunia dan Paus.[4]

Pada 04 Mei 2016, Trump menjadi calon andaian selepas pencabarnya hanya tinggal, Senator Amerika Syarikat dari Texas, Ted Cruz dan Gabenor Ohio, John Kasich, digugurkan.[5][6] Beliau menjadi presiden terpilih Amerika Syarikat pada 09 November 2016, selepas persaingan rapat dengan bekas Setiausaha Negara, Hillary Clinton. Setiap daripada mereka memerlukan 270 undi pilihan raya untuk menang. Trump memperoleh 304 undi, tetapi Clinton mendapat 227 undi sahaja.[7] Beliau telah dilantik sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-45 pada 20 Januari 2017 dengan usia 70 tahun.

  1. ^ Daniel Rothberg (October 21, 2016). "Trump's ventures have long fueled business, controversy in Nevada". Las Vegas Sun. Dicapai pada January 29, 2017.
  2. ^ Jethro Nededog (September 14, 2015). "Donald Trump just sold off the entire Miss Universe Organization after buying it 3 days ago". Business Insider Inc. Dicapai pada January 29, 2017.
  3. ^ Michael M. Grynbaum. "As 'The Apprentice' Returns to TV, Trump Stands to Profit". The New York Times. Dicapai pada January 29, 2017.
  4. ^ "Pope Francis Slams Donald Trump's Notions of 'Radical Islam'". Time. Dicapai pada January 18, 2017.
  5. ^ Stephen Collinson, CNN (3 May 2016). "Primary results: Donald Trump becomes presumptive nominee - CNNPolitics.com". CNN. Dicapai pada 4 May 2016.
  6. ^ "John Kasich drops out of presidential race". CNN.com. May 4, 2016. Dicapai pada May 4, 2016.
  7. ^ Kiersten Schmidt, Wilson Andrews (December 19, 2016). "A Historic Number of Electors Defected, and Most Were Supposed to Vote for Clinton". The New York Times. Dicapai pada January 29, 2017.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search