Elemen (Euclid)

Satu cebisan dari Elemen yang ditemui di Oxyrhynchus bertarikh 100 M. Diagram di dalam gambar adalah dari Proposisi 5 dalam Buku II, Elemen.

Elemen (Greek: Στοιχεῖα Stoicheia) ialah karya matematik dan geometri yang terdiri daripada 13 buku yang ditulis oleh ahli matematik Greek, Euclid di Iskandariah, Mesir pada 300 SM. Ia merupakan satu koleksi definisi, postulat (aksiom), proposisi (teorem) dan pembinaan, dan bukti matematik untuk proposisi. Kesemua 13 buku menerangkan geometri Euclid dan teori nombor yang asas versi Yunani purba. Selain karya Autolycus Tentang Sfera Bergerak (On the Moving Sphere), Elemen merupakan salah satu karya tertua Matematik Greek yang masih wujud[1] dan ia juga karya yang tertua menggunakan deduktif aksiom dalam matematik. Elemen telah memberi sumbangan yang sangat besar dalam pembangunan logik dan sains moden.

Elemen dianggap sebagai buku yang paling berjaya[2][3] dan berpengaruh[4] pernah ditulis. Dengan versi modennya pertama kali dicetak di Venice pada 1482, ia merupakan antara karya matematik yang terawal dicetak selepas penciptaan mesin cetak dan dianggarkan oleh Carl Benjamin Boyer berada di tempat kedua selepas Injil berdasarkan jumlah edisi yang diterbitkan,[4] iaitu melebihi seribu edisi.[5] Selama beberapa ratus tahun, apabila kuadrivium dimasukkan ke dalam kurikulum universiti, pengetahuan tentang sekurang-kurangnya sebahagian dari Elemen diwajibkan ke atas semua pelajar. Sehingga kurun ke-20, isinya telah diajar secara universal melalui buku teks sekolah, dan ia dianggap sebagai sesuatu yang dibaca oleh semua orang terpelajar.

  1. ^ Boyer (1991). "Euclid of Alexandria". m/s. 101. Selain Sphere oleh Autolycus, karya yang masih wujud oleh Euclid merupakan karya matematik Greek yang tertua; walaupun lebih dari separuh dari hasil tulisan Euclid telah lama hilang, Missing or empty |title= (bantuan)
  2. ^ Encyclopedia of Ancient Greece (2006) by Nigel Guy Wilson, page 278. Published by Routledge Taylor and Francis Group. Memetik:"Elemen Euclid menjadi asas untuk pendidikan matematik, bukan hanya pada zaman Rom purba dan Byzantine, tetapi kekal sehingga kurun ke-20, menjadikannya buku yang paling berjaya pernah ditulis."
  3. ^ Boyer (1991). "Euclid of Alexandria". m/s. 100. Beliau menggelar guru-guru di sekolah itu sebagai kumpulan sarjana utama, antaranya ialah penulis buku matematik yang paling berjaya sepanjang zaman - Elemen (Stoichia). Missing or empty |title= (bantuan)
  4. ^ a b Boyer (1991). "Euclid of Alexandria". m/s. 119. Elemen oleh Euclid bukan hanya karya utama matematik Greek yang terawal yang diwarisi oleh kita, tetapi juga merupakan teks yang paling berpengaruh sepanjang zaman. [...] Cetakan pertama Elemen muncul di Venice pada 1482, dan merupakan buku matematik yang terawal ditaip; dianggarkan sekurang-kurangnya seribu edisi telah diterbitkan selepas itu. Mungkin tiada buku selain Injil yang diterbitkan dalam edisi sebanyak itu, dan tentunya tiada karya matematik yang memiliki pengaruh setanding dengan Elemen Euclid. Missing or empty |title= (bantuan)
  5. ^ The Historical Roots of Elementary Mathematics by Lucas Nicolaas Hendrik Bunt, Phillip S. Jones, Jack D. Bedient (1988), page 142. Dover publications. Memetik:"Elemen menjadi terkenal di Eropah Barat melalui orang Arab dan orang Moor. Di sana, Elemen menjadi asas utama kepada pendidikan matematik. Terdapat lebih dari 1000 edisi Elemen yang diketahui. Berkemungkinan ia di tempat kedua selepas Injil, sebagai buku yang paling banyak tersebar dalam tamadun Barat."

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search