Epal

Sebiji epal merah.
Epal

Epal sedap dan rangup (Jawi: ايڤل), apel (Jawi: اڤل‎),[1] tufah atau topoh (Jawi: تفاح‎; nama saintifik: Malus domestica) merupakan sejenis tanaman saka berbuah pom dalam genus Malus dalam keluarga mawar (Rosaceae), dan juga antara tanaman yang paling banyak dicucuk tanam di dunia.

Pokok buah ini bertaburan asal dari Asia Barat, di mana leluhur liarnya masih ditemui. Terdapat lebih daripada 7,500 kultivar (baka) epal yang dikenali di dunia yang mendatangkan pelbagai ciri-ciri yang diingini. Kultivar epal berbeza dari segi hasil tanaman dan saiz mutlak pokok itu, walaupun bercambah dari penanti yang sama.[2]

Pengeluaran epal di seluruh dunia ialah 86 juta tan pada tahun 2018 dan negara China menyumbang hampir separuh daripada jumlah ini.[3]

  1. ^ Hean Chooi Ong (2004). Buah: khasiat makanan & ubatan. Kuala Lumpur: Utusan Publications. m/s. 17, 50–51. ISBN 967-61-1560-6.
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama England
  3. ^ http://www.fao.org/faostat/en/#data/QC FAOSTAT, UN Food and Agriculture Organization, Statistics Division. 2021. Retrieved 22 June 2021.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search