Epaulet

Pegawai bagi Pengawal Republikan Perancis memakai epaulet jerumbai

Epaulet (/ˈɛpəlɛt/; juga dieja epolet)[1] (bahasa Melayu; jerumbai) ialah sejenis kepingan hiasan bahu atau perhiasan yang digunakan sebagai insignia pangkat oleh angkatan tentera dan organisasi lain. Dalam beberapa tentera darat Eropah epaulet juga dipakai oleh semua pangkat unit elit atau istiadat semasa perbarisan.

Epaulet dipasang pada bahu melalui belibir bahu atau "passant", iaitu belibir kecil selari dengan jahitan bahu, dan butang berdekatan kolar, atau melalui kain renda disebelah bawah epaulet yang memasuki lubang di bahu kot. Menurut bahasa basahan, apa jua bentuk belibir bahu dengan lencana juga dipanggil epaulet. Peletakan epaulet, warna, panjang dan diameter jerumbai emasnya telah digunakan untuk menanda pangkat si pemakai. Pada sambungan jerumbai dan papan bahu itu selalu terdapat kepingan logam yang berbentuk bulan sabit. Walaupun pada asalnya dipakai di medan perang, epaulet kini di hadkan pada baju raptai atau pakaian seragam istiadat.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search