Eurasia

Eurasia
Kawasan54,759,000 km2
Penduduk4,620,000,000 (2010)
Ketumpatan penduduk84/km2
DemonimSerani
Negara92 (senarai)
Wilayah tanggungan9
Negara bukan PBB8
Zon masaUTC to UTC+12
Eurasia, dengan Afrika Utara dan Tanduk Afrika kelihatan

Eurasia ialah sebuah tanah besar yang mencakupi sekitar 52,990,000 km2 (20,846,000 batu2) atau kira-kira 10.6% daripada permukaan Bumi (36.2% kawasan tanah). Seringkali dianggap sebagai benua tunggal,[1] Eurasia terdiri daripada benua tradisional Eropah dan Asia (dengan Eurasia menjadi sebuah daripada dua buah kata gembleng), satu konsep yang bertarikh sehingga era antik klasik. Afro-Eurasia, adalah 2 kelompok benua iaitu Eurasia dengan Afrika yang bertemu di Terusan Suez.

Eurasia didiami hampir 4.6 bilion penduduk, lebih daripada 72.5% jumlah penduduk dunia. Terdapat dakwaan namun fakta ini masih dalam perdebatan yang mengatakan, manusia pertama datang ke Eurasia adalah dari benua Afrika, dianggarkan sekitar 125,000 hingga 60,000 tahun yang lalu.[2][3]

  1. ^ "Continents: What is a Continent?". National Geographic Society. Dicapai pada 2009-08-22. "Most people recognize seven continents—Asia, Africa, North America, South America, Antarctica, Europe, and Australia, from largest to smallest—although sometimes Europe and Asia are considered a single continent, Eurasia."
  2. ^ "Hints Of Earlier Human Exit From Africa". Science News. doi:10.1126/science.1199113. Check |doi= value (bantuan). Dicapai pada 2011-05-01.
  3. ^ Paul Rincon Humans 'left Africa much earlier' BBC News, 27 Januari 2011

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search