Everglades

Everglades
Tanah berumput prairie lazim ditemukan sepanjang kawasan ini.
Location of Everglades in the southern third of the Florida Peninsula
LokasiFlorida, United States
Koordinat26°00′N 80°42′W / 26.0°N 80.7°W / 26.0; -80.7Koordinat: 26°00′N 80°42′W / 26.0°N 80.7°W / 26.0; -80.7
Kawasan7,800 batu persegi (20,000 km2)[1]

Everglades adalah kawasan tanah lembap tropika semula jadi terletak di bahagian selatan semenanjung negeri Florida, Amerika Syarikat merangkumi separuh selatan lembangan saliran besar dalam wilayah Neotropika. Ekosistem yang wujud dalam persekitaran langsung tidak terdapat di tempat lain di bumi.[2] Sistem ini bermula di sungai Kissimmee berhampiran Orlando yang mengalir ke Danau Okeechobee yang luas tetapi cetek. Air yang meninggalkan tasik pada musim hujan membentuk suatu sungai 60 batu (97 km) lebar dan lebih 100 batu (160 km) panjang mengalir ke selatan merentasi pentas benua batu kapur ke Teluk Florida di hujung selatan negeri ini. Kawasan ini merupakan kawasan paling kurang berpenduduk di negeri tersebut.[3]

Everglades mengalami pelbagai corak cuaca dari banjir yang kerap di musim hujan hingga kemarau tinggi. Sepanjang abad ke-20, kawasan ini mengalami kehilangan habitat dan kerosakan persekitaran yang ketara.

  1. ^ a b "411 Everglades Province". www.fs.fed.us. Dicapai pada 14 September 2020.
  2. ^ Frazier, Ian (July–August 2019). "Snake Landia". Smithsonian. m/s. 70.
  3. ^ Lamme, Ary J.; Oldakowski, Raymond K. (2007). "Spinning a New Geography of Vernacular Regional Identity: Florida in the Twenty-First Century". Southeastern Geographer. University of North Carolina Press. 47 (2): 329 & 334. doi:10.1353/sgo.2007.0029. S2CID 129577530.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search