F/A-18 Hornet

F/A-18 Hornet
Sebuah pesawat F/A-18 milik Kor Marin Amerika Syarikat
Peranan Pesawat Tempur Pelbagai Peranan
Negara pengeluar Amerika Syarikat
Pengeluar McDonnell Douglas/Boeing
Northrop
Penerbangan sulung 18 November 1978
Mula digunakan 7 Januari 1984
Pengguna utama Tentera Laut Amerika Syarikat
Kor Marin Amerika Syarikat
Tentera Udara Diraja Australia
Tentera Udara Sepanyol
Jumlah dibina F/A-18A/B/C/D: 1,480[1]
Kos seunit AS$41 juta pada tahun 2008
Dibangunkan dari Northrop YF-17
Kelainan CF-18 Hornet
F/A-18E/F Super Hornet

Boeing F/A-18 Hornet adalah sebuah pesawat pejuang penyerang moden, sesuai digunakan dalam semua keadaan cuaca yang beroperasi di atas kapal pengangkut pesawat. Ia berupaya untuk menyerang sasaran-sasaran di darat dan di udara. Direka pada tahun 1970-an untuk digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat dan Kor Marin Amerika Syarikat, pesawat F/A-18 Hornet juga digunakan oleh tentera udara di negara-negara sekutu A.S yang lain. Pesawat ini juga menjadi pesawat demonstrasi udara bagi pasukan Blue Angels milik Tentera Laut A.S sejak tahun 1986. Antara peranan-peranan utamanya adalah sebagai pesawat pejuang pengiring, pertahanan udara angkatan laut, SEAD, menguatkuasakan larangan udara, sokongan udara dekat dan pengawasan. Ciri serbaguna dan kebolehpercayaan membuktikan Hornet merupakan sebuah pesawat yang berharga pada aset kapal pengangkut pesawat, namun demikian ia telah dikritik disebabkan kekangan jarak operasi dan muatan jika dibandingkan dengan pesawat sezamannya.[2]

Pesawat F/A-18E/F Super Hornet adalah sebuah pesawat yang berlainan, evolusi penambahbaikan pada pesawat F/A-18 Hornet telah direka untuk berganding dan diperanan untuk membantu pesawat F/A-18 Hornet dalam perkhidmatan Tentera Laut A.S.[3]

  1. ^ Jenkins 2000, pp. 186–87.
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama FedAmSci
  3. ^ U.S. Navy. "F/A18-E/F Super Hornet – Mengetuai penerbangan tentera laut ke dalam kurun ke-21". U.S. Navy. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search